21 murid, guru besar terhidu racun getah – Metro


21 murid, guru besar terhidu racun getah

    Google +

Oleh Mohamad Hussin, Muhammad Saufi Hassan, Omar Osman, Zuliaty Zulkiffli, Maria Uffa Zulkafeli dan Nursyazwana Mansor

Sungai Petani: Seorang guru besar serta 21 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Jeniang, Batu 4, Gurun, terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, selepas mengalami sakit perut, pening dan muntah-muntah akibat terhidu racun yang dipercayai dibawa angin dari tapak semaian anak getah berdekatan sekolah itu semalam.

Dalam kejadian 2 petang, sekumpulan murid terbabit bersama guru besar sekolah itu, Noraini Murad, 50-an, berada di padang bagi menjalankan aktiviti latihan untuk sukan tahunan sekolah dan mereka dipercayai terhidu racun berkenaan sebelum berasa pening dan mula muntah.
Difahamkan, terdapat beberapa pekerja tapak semaian berhampiran sedang menyembur racun anak getah selama hampir tiga jam.

Ia menyebabkan semua murid terbabit termasuk guru besar mengadu sakit perut, muntah dan pening pada kira-kira jam 6 petang sebelum dikejarkan ke Hospital Yan (HY), namun kemudiannya dirujuk ke HSAH untuk tindakan lanjut. Setakat jam 9 malam tadi, hanya guru besar dan tiga pelajarnya ditahan di wad kecemasan HSAH, manakala 18 murid dirawat sebagai pesakit luar. Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata, kedudukan sekolah yang hampir dengan tapak semaian anak getah itu berkemungkinan menyebabkan mangsa terdedah kepada semburan berkenaan.
Katanya, simptom utama yang dilaporkan adalah pening, muntah dan sakit perut membabitkan pelajar dan guru di sekolah berkenaan. “Berdasarkan maklumat awal yang diterima ia mungkin berpunca daripada semburan bahan beracun dari kawasan tapak semaian anak getah berhampiran sekolah. “Murid dan guru yang dipercayai terhidu bahan berkenaan dilaporkan mengalami pening dan muntah sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya ketika dihubungi, di sini, malam tadi.
Dr Ismail berkata, setakat ini, pihaknya belum mengenal pasti jenis gas racun yang digunakan tapak semaian berkenaan.

Ibu mangsa, Daharah Din, 44, dari Kampung Batu 5 Jalan Jeniang, berkata, anaknya, Nurafikah Alias, 9, mula berasa pening di sekolah berkenaan sehingga berlarutan di rumah apabila dia muntah sejak jam 6 petang.
“Saya diberitahu oleh Nurafikah bahawa dia rakan dan guru besar sekolah sedang menjalankan latihan sukan di padang sekolah dan ketika itu pekerja di tapak semaian berhampiran menyembur racun,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/03

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s