Angkasa cadang kantin dikendali koperasi sekolah – Bernama


Angkasa cadang kantin dikendali koperasi sekolah
3 Oktober 2013
  • AngkasaAngkasa
< 1 / 1 >

TEMERLOH – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mencadangkan perniagaan di kantin sekolah diletakkan di bawah pengendalian koperasi sekolah kerana faedah yang dijana adalah untuk kebaikan sekolah itu sendiri.

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata beliau akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam tempoh terdekat bagi membolehkan cadangan tersebut direalisasikan.

“Saya yakin koperasi sekolah mampu menjalankan perniagaan di kantin sekolah kerana koperasi lebih memahami serta mengetahui tentang kehendak pelajar, lagi pun keuntungan yang diperoleh nanti dapat dimanfaatkan untuk koperasi dan ahli-ahlinya,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

Beliau berkata sekiranya 2,600 buah koperasi sekolah di seluruh negara yang bernaung di bawah Angkasa dengan keahlian hampir tiga juta itu dibenar mengurus kantin, beliau yakin ia akan memberi banyak manfaat kepada semua pihak termasuk pihak warga sekolah itu sendiri.

“Angkasa menyasarkan kira-kira 500 buah koperasi sekolah akan menjadi koperasi maju dan berdaya saing menjalankan perniagaan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun, menjelang 2015,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s