Cabul murid sekolah – Sinar Harian


Cabul murid sekolah
WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Oktober 2013
< 1 / >

BALING – Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Kuala Ketil ditahan polis setelah didakwa mencabul murid 10 tahun dalam bilik darjah kira-kira jam  6.50 pagi, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Asisten Superintendan, Md Nadzir Osman berkata, lelaki berusia 48 tahun itu didakwa memeluk, mencium dan meraba kemaluan mangsa.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa berada berada seorang diri di dalam kelas terbabit sebelum didatangi pengawal keselamatan itu.

“Mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada guru sekolahnya sebelum memaklumkan kepada ibu bapa mangsa,” katanya.

Md Nadzir berkata, sejurus menerima laporan, pihaknya menahan lelaki terbabit di kediamannya pada jam 9.30 malam pada hari yang sama.

Menurutnya, lelaki terbabit kini direman selama tiga hari untuk siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, denda RM2,000 atau sebat dan mana-mana salah satu yang disabitkan kesalahan.

Mengulas mengenai operasi penguatkuasaan trafik baru-baru ini, Md Nadzir berkata, sebanyak 48 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan.

Katanya, operasi itu diketuai oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, Inspektor Fauzeli Mohd Ali dengan kekuatan 10 anggota polis.

“Operasi ini bertujuan menyedarkan pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh termasuk pengubahsuaian nombor pendaftaran kenderaan.

“Operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mendidik pengguna jalan raya, agar terus dapat menyedarkan masyarakat mengenai keselamatan jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s