Denggi tidak halang calon duduki PMR – Sinar Harian


Denggi tidak halang calon duduki PMR
WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Oktober 2013
  • Denggi tidak halang calon duduki PMRWan Mohammad sempat menunjukkan kertas soalan kepada Norashikin selepas selesai menjawab peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 di HSI, semalam.
< 1 / 1 >

JOHOR BAHRU – “Walaupun tidak dapat melihat kertas soalan dengan jelas dan sukar menulis kerana tangan masih bengkak akibat denggi, saya tetap mahu menduduki peperiksaan,” kata Wan Mohammad Badrul Amin Abdullah, 15.

Dia adalah salah seorang calon dari sebuah sekolah di Pasir Gudang yang terpaksa menduduki PMR di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam, selepas dijangkiti denggi.

Menurutnya, harapan dan sokongan ibu bapa menjadi pendorong untuknya terus tabah dan kental meneruskan peperiksaan dalam keadaan tidak sihat kerana sedar keputusan PMR menjadi penentu masa hadapannya.

Ujarnya, badannya masih lemah menyebabkan dia hilang fokus dan ada kala nampak tulisan seperti mempunyai bayang-bayang.

“Saya tidak sanggup melihat harapan ibu bapa musnah tambahan pula saya merupakan anak sulung dalam keluarga. Jadi, saya tetap teruskan peperiksaan ini.

“Besar harapan ibu bapa, besar lagi harapan saya untuk teruskan peperiksaan ini kerana saya sedar betapa pentingnya PMR dalam menentukan masa depan,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Norashikin Jaafar, 35, bersyukur kerana anaknya berpeluang meneruskan peperiksaan PMR meskipun disahkan mengalami denggi, Isnin lalu.
Menurutnya, perasaannya bercampur-baur kerana bimbang dengan keadaan anak.

“Saya bukan sahaja takut denggi akan memisahkan kami, tetapi turut bimbang prestasinya dalam PMR” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s