‘Kejadian terlalu pantas, tak sempat lari’ – Sinar Harian


‘Kejadian terlalu pantas, tak sempat lari’
WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Oktober 2013
  • 'Kejadian terlalu pantas, tak sempat lari'Nur Sabrina ditemani ahli keluarga ketika menerima rawatan di Hospital Lipis, semalam.
< 1 / 2 >

KUALA LIPIS – “Ketika sedang berehat dalam khemah bersama dua lagi rakan sekolah, tiba-tiba kami terdengar bunyi orang menjerit suruh ‘berhenti’ namun belum sempat menjengah ke luar khemah kami dirempuh kereta berkenaan.”

Demikian kata seorang mangsa kemalangan di tapak perkhemahan Ko-Kurikulum Kampung Lalang, Nur Sabrina Syafiqah Ahmad, 14, ketika menceritakan detik awal kejadian berlaku.

Nur Sabrina berkata, dia terasa seperti satu beban berat menimpa bahagian badannya setelah dirempuh kereta terbabit.

“Ketika itu saya hanya ingat pada nenek sahaja dan berharap orang sekeliling segera selamatkan saya dari bawah kereta,” katanya di sini, semalam.

Seorang lagi mangsa, Siti Aisyah Mohd Radzuan, 13, berkata, sejurus rempuhan itu, dia terus pitam dan hanya sedarkan diri apabila orang sekeliling menyuruhnya mengucap.

“Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya tidak sempat keluar selamatkan diri. Bahagian muka dan badan pula sakit namun saya kuatkan semangat untuk terus bertahan,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan tiga pelajar SMK Benta cedera di mana dua daripadanya parah akibat kemalangan di tapak perkhemahan Ko-Kurikulum Kampung Lalang.

Kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, Isnin lalu dipercayai berlaku apabila seorang guru wanita meminta seorang pelajar perempuan memanaskan enjin kereta jenis Proton Perdana berhampiran tapak perkhemahan terbabit.

Ketika pelajar perempuan itu menghidupkan enjin kereta secara tiba-tiba kereta berkenaan dipercayai terundur sebelum melanggar khemah yang diduduki tiga pelajar berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s