Keracunan lauk ayam masak merah – Metro


Keracunan lauk ayam masak merah

Oleh Isma Ismail dan Azma Razana Johari

NIBONG TEBAL: Seramai 36 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, Simpang Ampat, di sini, dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut, pening dan muntah.

Mereka adalah sebahagian murid yang menyertai Program Intensif Tahun Empat bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun minggu depan.

Murid terbabit mula mengadu sakit sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap (HSB) kira-kira jam 9 malam tadi.

Ada antara mereka diambil darah untuk ujian lanjut sebelum kesemuanya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar.
Difahamkan, mereka itu mengadu sakit selepas makan nasi lauk ayam masak merah yang dibekalkan kantin sekolah kira-kira jam 6.30 petang.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Mutiara Mohd Nor Hiesam Ismail berkata, murid terbabit adalah antara 106 murid tahun empat yang menyertai program berkenaan.

Menurutnya, program itu bermula Isnin lalu dari 8 pagi hingga 10 malam setiap hari dan dijadualkan berakhir Jumaat ini.

“Berikutan kejadian ini, pihak PIBG dan sekolah sudah mengambil keputusan untuk menghentikan program serta-merta.

“Pihak kami dan sekolah akan melakukan siasatan bersama terhadap bekalan makanan yang diberikan kepada murid berdasarkan laporan daripada hospital,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/03

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s