Proses ambil pengawal keselamatan sekolah dikaji – Metro


Proses ambil pengawal keselamatan sekolah dikaji

 0  0 Google +0  0  0

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula keseluruhan proses pengambilan pengawal keselamatan ekoran kegagalan syarikat keselamatan memenuhi standard pengambilan pengawal keselamatan di sekolah, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan.

Beliau berkata, kementerian turut kecewa dengan syarikat keselamatan yang tidak mematuhi syarat kontrak keselamatan terbabit seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan kelmarin.
“Kami mempunyai 10,094 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dan perlu berurusan dengan banyak syarikat keselamatan. Bagaimanapun, kami sedar sepatutnya ada pemeriksaan lebih ketat dan perlu mempunyai kawalan kualiti. “Perkara ini amat mengecewakan walaupun terdapat satu atau dua syarikat keselamatan yang gagal. Justeru, kami akan memastikan masalah seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/03

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s