Dua pelajar dibenar pulang – Metro


Dua pelajar dibenar pulang

 0  0 Google +0  0  0

Oleh Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Punca 271 pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah, di sini, mengalami keracunan makanan pagi kelmarin hanya akan diketahui selepas sampel makanan diambil pelajar selesai dianalisis oleh Jabatan Kesihatan Negeri.

Sehingga semalam, dua daripada mangsa yang masih dirawat di Hospital Tapah, sudah dibenarkan pulang selepas kesihatan mereka didapati kembali stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, setakat ini, kejadian itu disyaki berpunca daripada hidangan ayam masak kurma yang dimakan semua pelajar terbabit di dewan makan asrama pada malam sebelum keracunan makanan berlaku.

 

 

“Berdasarkan laporan dari Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang, di sini, semua 271 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun yang mengalami keracunan makanan itu mempunyai simptom cirit-birit.

“Selain itu, 66 dari pelajar terbabit turut mengalami pening, 101 loya, sembilan muntah dan lima lagi demam.

“Sebanyak 23 sampel klinikal sudah diambil untuk dianalisa bagi mengetahui punca sebenar keracunan makanan yang berlaku. Namun, tindakan awal yang diambil sejurus kejadian adalah menutup premis dewan makan berkenaan untuk sementara waktu. Pengendalinya juga diarahkan memberhentikan serta-merta penyediaan makanan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

 

Menurutnya, buat masa ini, bekalan makanan untuk semua pelajar disediakan oleh pihak kantin sekolah dan pihak Jabatan Kesihatan sudah memberi penerangan kepada guru dan pelajar berhubung langkah pencegahan.

“Pihak kami akan sentiasa memantau perkembangan insiden keracunan di sekolah berkenaan bagi memastikan perkara sama tidak berulang demi keselamatan pelajar terutama yang sedang menghadapi peperiksaan,” katanya.

 

Harian Metro semalam, melaporkan seramai 26 daripada 271 pelajar SMS Tapah, di sini, yang mengalami keracunan makanan terpaksa menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di wad Hospital Tapah (HT), dalam keadaan kurang sihat.

Daripada 271 pelajar itu, 67 pelajar dikejarkan ke Hospital Tapah bermula jam 9 pagi, manakala selebihnya dibawa ke Klinik Kesihatan Jalan Damai, di sini untuk rawatan lanjut.

Semua 271 pelajar terbabit mengalami cirit-birit dan muntah-muntah selepas makan malam di dewan asrama sekolah itu dan antara menu dihidangkan ialah ayam masak kurma.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/05

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s