Bekas pengarah pendidikan N.Sembilan meninggal – Bernama


Bekas pengarah pendidikan N.Sembilan meninggal
7 Oktober 2013

SEREMBAN – Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Rohani Sharif meninggal dunia di kediamannya di Taman Senawang Jaya, di sini hari ini.

Rohani, 64, meninggal dunia kira-kira 8.45 pagi akibat kanser prostat. Beliau meninggalkan seorang isteri dan empat anak.

Allahyarham meneraju Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dari 2003 hingga 2005.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang selepas solat Zohor.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Kalsom Khalid berkata institusi tersebut kehilangan seorang tokoh yang banyak menyumbang idea dan kepakaran dalam memajukan sektor pendidikan di negeri berkenaan.

“Arwah merupakan individu yang mencadangkan pelaksanaan sekolah agama petang di negeri ini. Arwah sangat rajin dan sentiasa memikirkan usaha untuk meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini bersama-sama Menteri Besar bagi menjayakan hasrat Kerajaan Negeri,” katanya ketika dihubungi.

Kalsom berkata walaupun arwah sudah bersara namun beliau tetap bergiat aktif dalam aktiviti membabitkan Jabatan Pendidikan negeri dan warga pendidik. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s