Ibu terkilan gagal selamat anak – Metro


Ibu terkilan gagal selamat anak

 0  0 Google +0  0  0

Pokok Sena: “Saya dengar anak-anak (Siti Nor Hazliza Yahya, 16, dan Siti Nor Afliana, 13) menjerit memanggil ‘emak’ beberapa kali menyebabkan saya nekad turun ke dalam tasik bagi membantu mereka dan seorang anak saudara, Siti Hajar Azmi, 12, yang ketika itu terkapai-kapai meminta tolong di Tasik Pedu, Kuala Nerang, pagi semalam (kelmarin).

“Disebabkan paras air semakin meningkat hingga ke dada, saya terpaksa berpatah balik ke tebing dan beberapa minit kemudian semua mereka hilang dari pandangan menyebabkan saya hampir pengsan,” kata Siti Hawa Md Jiwa.
Siti Hawa, 53, adalah ibu kepada dua beradik berkenaan yang turut menyertai rombongan perkelahan keluarga yang membabitkan 23 individu membabitkan empat keluarga yang menetap di Kampung Bukit Lada sejak Jumaat lalu.

 

Menurutnya, dia reda dengan apa yang berlaku tetapi terkilan kerana gagal menyelamatkan tiga bersaudara itu. Malah masih terngiang di telinga terkenangkan jeritan mereka bertiga meminta tolong.
“Arwah dua beradik adalah anak keenam dan ketujuh daripada lapan beradik serta sepupu mereka bangun awal pagi semalam (kelmarin) lalu terus ke kawasan tasik dari tempat kami berkhemah untuk bermain di gigi air dan keadaan ketika itu tenang, malah cuaca pula baik.
“Ketika sedang membetulkan khemah, tiba-tiba datang ribut kuat dan ketika itu saya terdengar jeritan ketiga-tiga mereka meminta tolong selepas terjatuh ke dalam air tasik berkenaan,” katanya selepas pengebumian tiga saudara terbabit di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lada, semalam.

 

Kira-kira 200 ahli keluarga, penduduk kampung dan rakan sekolah tiga mangsa berkenaan hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat jenazah yang dikebumikan dalam satu liang lahad jam 11 pagi, semalam.
Kelmarin, mayat Siti Nor Afliana ditemui kira-kira dua kilometer dari gigi air jam 10.30 pagi kelmarin, manakala kakaknya, Siti Nor Hazliza serta sepupu mereka ditemui kira-kira jam 6.30 petang yang sama.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s