Kanak-kanak trauma terkurung dalam lif – Metro


Kanak-kanak trauma terkurung dalam lif

 1  0 Google +0  0  0

Oleh Raja Noraina Raja Rahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Shahrul Redzuan Zulkifli

Kuala Lumpur: “Saya sangka akan tinggal dalam lif itu selama-lamanya,” kata Muhammad Danish Najmi Radzi, 8, yang terkurung hampir sejam dalam lif sebuah pusat beli-belah di Jalan Chow Kit, di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, murid tahun dua itu cedera kaki kiri selain trauma apabila lif yang dinaiki bergerak secara tiba-tiba sebaik melangkah masuk dari tingkat enam sebelum lif itu berhenti di tingkat lapan.

Bapa mangsa, Mohd Radzi Mohd Said, 35, berkata ketika kejadian, dia bersama Danish, dua anak dan isterinya sedang menunggu lif untuk ke tingkat tujuh dari tingkat enam.

“Sebaik pintu lif terbuka, anak saya melangkah masuk dulu dan belum sempat saya dan isteri masuk tiba-tiba pintu lif tertutup. Saya kemudian menahan pintu lif itu namun lif terus juga naik. Isteri sempat memegang kaki anak saya itu tetapi melepaskannya apabila lif itu terus bergerak naik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Putrajaya.

FotoKAKI Danish cedera selepas tersepit pada pintu lif.

Pasangan berkenaan juga membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada hari sama.
Beliau berkata, di dalam lif berkenaan juga terdapat sepasang suami isteri dan seorang anaknya yang menaiki lif berkenaan dari tingkat bawah.

Mohd Radzi berkata, dia bersama keluarga ke pusat beli-belah itu selepas diajak anaknya itu dan sebaik tiba di tingkat enam, dia mendapati tangga bergerak tidak berfungsi menyebabkan mereka mengambil keputusan menggunakan lif untuk ke tingkat tujuh.

“Ketika itu, isteri mendukung bayi perempuan kami yang berusia lapan bulan manakala saya memimpin Danish dan anak lelaki kedua berusia enam tahun serta menolak kereta sorong.

“Kami ambil keputusan menaiki lif. Apabila pintu lif terbuka, Danish masuk terlebih dulu namun tiba-tiba pintu lif hampir tertutup.

“Isteri saya terpaksa menahan pintu lif berkenaan daripada tertutup kerana bimbang Danish tersepit. Bagaimanapun, lif itu terus bergerak naik walaupun pintu lif sudah terbuka semula,” katanya.

Lebih menakutkan, Danish hampir tersepit apabila lif itu bergerak naik ke tingkat tujuh, namun dalam keadaan panik itu, sepasang suami isteri yang berada dalam lif berkenaan sempat menarik tangan dan menyelamatkannya.

Radzi berkata, lebih membimbangkannya apabila lif itu berhenti di tingkat lapan menyebabkan dia terpaksa mencari pihak pengurusan bagi meminta bantuan.

Katanya, walaupun kejadian itu sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan, namun mereka terpaksa menunggu bantuan tiba hampir sejam.

“Bimbang keselamatan anak, saya mengambil keputusan menghubungi bomba dan beberapa minit kemudian barulah pihak penyelenggara tiba membuka lif itu. Sebaik Danish berjaya dikeluarkan, dia segera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Kaki kiri Danish lebam selain seluarnya terkoyak.

Menurutnya, mereka sekeluarga akan mendapatkan laporan lengkap perubatan selain nasihat peguam bagi menuntut keadilan berikutan kejadian itu yang dianggap kecuaian pihak pengurusan pusat beli- belah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Apa dosa anak saya? – Metro


Apa dosa anak saya?

 3  0 Google +0  0  0

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: “Apa salah dan dosa anak kembar saya yang kurang upaya ini sehingga mereka diliwat,” kata seorang ibu yang tidak dapat menahan sebak apabila mendakwa anak sulungnya yang juga pasangan kembar berusia tujuh tahun dan mengalami kecacatan otak diliwat penghuni pusat jagaan di Temiang, di sini, pada 29 September lalu.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Intan, 40-an, dari Sandakan, Sabah berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi suaminya, Rabu lalu.
Intan yang membuat laporan di Balai Polis Campbell, di sini, pada jam 12 malam, Khamis lalu berkata, dia tidak menyangka episod hitam itu berulang kepada anak keduanya.

 

“Suami saya mengetahui kejadian ini apabila diberitahu anak bongsu kami yang berusia enam tahun dia nampak abangnya diikat dan ditampar pada waktu malam sebelum diliwat seorang penghuni pusat jagaan itu.
“Sekiranya dakwaan itu benar, saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan,” katanya ketika ditemui menemani anaknya yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, semalam.
Dia yang kini bekerja sebagai pembantu rumah di Taman Templer, Rawang, Selangor berkata, kejadian itu menyedihkannya kerana pada 16 April lalu, adik kembar mangsa diliwat seorang penghuni di pusat jagaan sama.

 

Harian Metro pada 17 April lalu melaporkan, dalam kejadian itu, mangsa yang lumpuh kedua-dua kaki bukan saja diliwat seorang remaja, malah duburnya turut dijolok dawai besi.
Menurut laporan itu, Intan menghantar tiga anak ke pusat jagaan terbabit pada awal tahun ini selepas dia sekeluarga dihalau mentua.

 

Katanya, pada awalnya anak kembarnya di tempatkan di pusat jagaan di Temiang manakala anak bongsu di sebuah pusat di Kuala Kangsar, Perak.
“Selepas kejadian anak kedua diliwat, Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapatkan perintah mahkamah bagi hak jagaan sementara terhadap ketiga-tiga anak saya dan mereka ditempatkan di pusat jagaan di Temiang hingga kini.
“Saya tidak mampu menjaga anak kerana pendapatan tidak seberapa manakala suami pula baru bekerja sebagai pengawal keselamatan selepas keluar dari pusat pemulihan, Julai lalu,” katanya.
Intan berkata, pegawai pusat jagaan mengarahkan suaminya mengambil semula ketiga-tiga anak mereka.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan berkata, siasatan masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08

PEMAKAIAN UNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH BAGI PENGARAH BAHAGIAN, PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI, PEGAWAI-PEGAWAI BAHAGIAN , JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERTA PENGETUA, GURU BESAR DAN GURU-GURU YANG BERKENAAN


PEMAKAIAN UNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH BAGI PENGARAH BAHAGIAN, PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI, PEGAWAI-PEGAWAI BAHAGIAN , JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERTA PENGETUA, GURU BESAR DAN GURU-GURU YANG BERKENAAN

07 October 2013

PEMAKAIAN UNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH BAGI PENGARAH BAHAGIAN, PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI, PEGAWAI-PEGAWAI BAHAGIAN , JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERTA PENGETUA, GURU BESAR DAN GURU-GURU YANG BERKENAAN

Kategori Surat Siaran
Bil 19
Tahun 2013
Jabatan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Fail PEMAKAIAN UNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH BAGI PENGARAH BAHAGIAN, PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI, PEGAWAI-PEGAWAI BAHAGIAN , JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERTA PENGETUA, GURU BESAR DAN GURU-GURU YANG BERKENAAN
Tarikh 04 October 2013

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL.20 TAHUN 2013- PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL.20 TAHUN 2013- PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

07 October 2013

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL.20 TAHUN 2013- PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kategori Surat Siaran
Bil 20
Tahun 2013
Jabatan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Fail SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL.20 TAHUN 2013- PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tarikh 04 October 2013