Calon PMR terpaksa tahan sakit – Sinar Harian


Calon PMR terpaksa tahan sakit
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 Oktober 2013
  • Calon PMR terpaksa tahan sakitAmirul ketika mengulangkaji pelajaran bersama ibunya, semalam.
< 1 / 1 >

LATI – Seorang pelajar tingkatan tiga tidak menyangka akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Hospital Pasir Mas, semalam.

Mohamad Amirul Shaari, 15, berkata, akibat kemalangan petang kelmarin, dia mengalami bahu terkehel, retak tulang tangan kiri dan cedera di muka.

Menurutnya, biarpun terpaksa menahan sakit, dia cekal mengulangkaji pelajaran bersama enam pelajar lain setelah dimasukkan ke hospital itu sejak hari pertama peperiksaan.

“Akibat kemalangan ini juga, saya mudah berasa pening dan lupa kejadian yang berlaku sebelum ini.

“Ini adalah pengajaran bagi saya, agar menunggang motosikal dengan lebih berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Azizul Abdullah, 50, berkata, dia bersyukur kerana anaknya terselamat daripada kemalangan terbabit.

Azizul berkata, anaknya menunggang motosikal sendirian bersama dua lagi rakannya untuk pulang ke rumah dekat Meranti, selepas menduduki peperiksaan di sekolah.

Setibanya di Jalan Pangkal Kala katanya, Mohamad Amirul terjatuh di bahu jalan sehingga cedera  di sebelah kiri badan.

“Saya amat bersyukur kerana keadaannya tidak serius, malah dapat mengulangkaji pelajaran bersama,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s