Guru menyamar pegawai polis ditahan di Dengkil – Utusan


Guru menyamar pegawai polis ditahan di Dengkil

 

Oleh SHAFURA ASHIKIN SUFFIAN

SHAH ALAM 9 Okt. – Seorang guru yang menyamar sebagai pegawai polis diberkas dalam Ops Cantas Khas di sebuah hotel bajet di Taman Dengkil Centre Point, Dengkil dekat sini, 4 Oktober lalu.

Turut dirampas dalam serbuan pukul 10.30 malam itu ialah sepucuk pistol tiruan, pisau, walkie-talkie, beret dan kereta Proton Waja milik suspek.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, ketika ditahan suspek sedang mendekati dua warga Bangladesh dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan.

Bagaimanapun kata beliau, selepas siasatan dibuat suspek yang berusia 36 tahun mengaku bekerja sebagai guru dan mengajar di sebuah sekolah di Putrajaya.

“Tindakan suspek dipercayai bertujuan menakut-nakutkan warga asing terbabit,” katanya kepada pemberita di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shukri, pihaknya kini sedang menyiasat penglibatan suspek dalam kegiatan jenayah lain.

“Suspek telah ditahan reman bermula 5 Oktober lalu hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131009/je_15/Guru-menyamar-pegawai-polis-ditahan-di-Dengkil#ixzz2hDdGrFOn 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s