Adaptasi Dasar Pendidikan Untuk Disesuaikan Dengan Perubahan Dunia – Muhyiddin – mStar


Adaptasi Dasar Pendidikan Untuk Disesuaikan Dengan Perubahan Dunia – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Warga pendidik Malaysia perlu mengadaptasi dasar dan amalan pendidikan untuk disesuaikan dengan perubahan dan perkembangan pesat yang berlaku di seluruh dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyifatkan kepesatan kemajuan pendidikan dunia kini sebagai amat luar biasa, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata negara perlu bergerak seiring dengan keadaan itu.

“Sebagai pendidik, kita tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya memerhati revolusi dalam pendidikan ini berlalu begitu sahaja,” katanya semasa merasmikan Konvensyen ke-29 Majlis Guru-Guru Asean di sini malam Jumaat.

Menegaskan pendidikan amat penting untuk pertumbuhan negara di masa depan, Muhyiddin berkata ia memainkan peranan amat penting dan menjadi asas untuk generasi muda membuat persediaan untuk menghadapi cabaran-cabaran di masa depan.

“Kita perlu melengkapkan generasi masa depan kita dengan pengetahuan dan kemahiran dan menanamkan sikap mengutamakan inovasi dalam diri mereka. “Kita juga perlu memberikan mereka pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam usaha mengeluarkan pekerja berpengetahuan yang mampu cemerlang dalam dunia yang serba kompetitif,” kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kementerian komited untuk membangunkan sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan pelajar dan negara.

“Kita patut melibatkan guru dan masyarakat untuk bersama-sama melaksanakan dasar-dasar pendidikan yang kita rumuskan di negara masing-masing,” katanya.

Mengenai konvensyen empat hari bermula hari ini, Muhyiddin berharap pengetahuan dari segi teori dan kemahiran praktikal diperoleh para peserta akan membolehkan mereka membangunkan sistem pendidikan lebih baik di negara mereka.

Beliau percaya konvensyen itu akan mewujudkan kerjasama pembelajaran profesional dalam kalangan negara-negara yang mengambil bahagian yang akan menghasilkan banyak faedah bagi pihak berkepentingan.

Kira-kira 900 perwakilan dari negara Asean iaitu Brunei, Indonesia, Thailand, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Vietnam serta Korea Selatan menghadiri konvensyen itu. -BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s