Pelajar sekolah agama disaran jauhi gejala negatif – Bernama


Pelajar sekolah agama disaran jauhi gejala negatif
12 Oktober 2013

KUALA TERENGGANU – Pelajar lepasan sekolah agama diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan dunia luar sehingga melakukan
perkara negatif dan tidak bermoral.

Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Nor Hayati Lebai Isa berkata, mereka sepatutnya menjadikan ilmu agama yang pelajari semasa menuntut di sekolah agama sebagai perisai menghadapi dunia yang semakin mencabar.

“Kita ada dan sering menerima maklumat terdapat bekas pelajar sekolah agama’hanyut’ dan terlibat dengan gejala negatif yang tidak bermoral seperti pengambilan dadah, maksiat dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring di sini. Turut hadir Pengetuanya Engku Mariah Syed Ahmad Al Idrus.

Sehubungan itu, Nor Hayati meminta para ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka meskipun telah tamat mengikuti pelajaran di peringkat menengah dan universiti.

Katanya, sikap pelajar yang kini mudah terpengaruh dan leka dengan gajet juga menyebabkan mereka senang dipengaruhi dengan gejala negatif sekali gus mengabaikan pelajaran.

“Pelajar sekarang tak kiralah menengah atau universiti melayan laman sosial Facebook, Twitter, SMS dan sebagainya berjam-jam dari awal malam sehingga lewat pagi.

“Orang dulu-dulu berjaga malam juga, tetapi mereka beramal dengan mengadakan pelbagai ibadah termasuk sembahyang sunat, berzikir, baca al-Quran dan sebagainya, tetapi pelajar kini leka dengan alam sibernya sehingga poteng sekolah dan tak pergi kuliah,” katanya.

Nor Hayati berkata, Internet seharusnya digunakan untuk perkara yang memberi manfaat bagi menambah ilmu dan ia tidak seharusnya disalah gunakan.

Pada majlis itu, seramai 205 pelajar tingkatan lima diberi pengiktirafan dan penghormatan setelah tamat pengajian selama lima tahun di sekolah berkenaan.- Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s