Guru OKU ditemui mati lemas di bawah jambatan – Bernama


Guru OKU ditemui mati lemas di bawah jambatan

 0  0 Google +0  0  0

KOTA BHARU: Mayat seorang guru lelaki yang juga orang kelainan upaya (OKU) ditemui terdampar di dalam air di bawah Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini.

Mayat Wee Tiong Meng, 51, ditemui oleh seorang penyelia keselamatan jambatan itu Roslan Ismail pada jam 9.15 pagi selepas beliau diberitahu tentang penemuan objek hanyut.

Roslan berkata beliau terkejut apabila mendapati objek berkenaan adalah mayat dan terus menariknya ke tebing sungai.

“Saya menarik mayat itu ke tebing dengan menggunakan batang pancing dan kemudiannya menghubungi pihak polis,” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu Supt Idris Abd Rafar berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati lemas.

“Pihak polis mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa dan dilaporkan bahawa mangsa adalah seorang guru di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Cheng.

“Mangsa merupakan seorang OKU sejak kecil berdasarkan keadaan kedua-dua belah kaki mangsa yang kecil,” katanya. – Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/13

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s