KARNIVAL PERPADUAN ASRAMA 1MALAYSIA


KARNIVAL PERPADUAN ASRAMA 1MALAYSIA

16 October 2013

Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia

25 – 27 Oktober 2013

Di Asrama 1Malaysia, Jalan Kuantan, Kuala Lumpur

 

  1.  Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  2. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilantik sebagai tuan rumah Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia.
  3. Karnival akan diadakan dari 25 hingga 27 Oktober 2013 bertempat di  Asrama 1Malaysia, Kuala Lumpur
  4. Rasional penganjuran Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia adalah sebagai satu aktiviti tahunan Asrama 1Malaysia untuk bertemu dan berinteraksi sesama penghuni Asrama 1 Malaysia di samping  mempromosikan Asrama 1Malaysia.
  5. Objektif Karnival Asrama 1Malaysia adalah seperti berikut:
    • Menyediakan ruang untuk penghuni Asrama 1Malaysia menyertai aktiviti-aktiviti  ilmiah, kokurikulum serta kemasyarakatan.
    • Menyatukan murid-murid pelbagai kaum melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
    • Memperkembangkan potensi penghuni Asrama 1Malaysia dalam aspek rohani, jasmani, emosi serta intelek.
    • Mempromosikan Asrama 1Malaysia sebagai sebuah institusi yang dapat memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

 

Jadual aktiviti Karnival Perpaduan Asrama 1Malaysia

Tarikh

Masa

Aktiviti

Tempat

25 Oktober 2013

  5.00 Ptg –  6.30 Ptg

 

  Program Khidmat Masyarakat
  • Asrama Tititan Kasih
  • Pusat Jagaan Oku Annur
  • Masjid Ibnu Sina
  • Rumah Orang Tua
  8.00 Mlm   Pertandingan Kuiz Perpaduan   Dewan A1M

26 Oktober 2013

  7.30 Pg   Senam 1Malaysia   Astaka, Tasik Titiwangsa
  9.00 Pg – 5 Ptg

 

  Pameran Dan Jualan

Pemeriksaan Kesihatan

  A1M
  9.30 Pagi

 

  Permainan Rakyat 1 – Tarik Upih (Sek. Rendah)

Permainan Rakyat 2 – Galah Panjang (Sek. Menengah)

Pertandingan Robotik Robot Soccer

  A1M

A1M

Perpustakaan A1M

  10.00 Pagi   Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris   Dewan SK Jalan Kuantan
  11.00 Pagi

 

  Pertandingan Puisi Perpaduan

Permainan Rakyat 3 – Permainan Guli (Sekolah Menengah)

  Dewan A1M

A1M

  2.00 Petang

 

  Acara Permainan Rakyat 4 Baling Selipar/Tin (Sekolah Menegah)

Acara Permainan Rakyat 5 Teng Teng (Sekolah Rendah)

Acara Permainan Rakyat 6 Sepak Bulu Ayam (Terbuka)

Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Asrama Harian KL

  A1M

 

 

Dewan SK Jalan Kuantan

  8.00 Mlm

 

  Majlis Perasmian Penutupan

  • Makan Malam Perpaduan
  • Persembahan
  • Penyampaian Hadiah
  A1M

27 Oktober 2013

  8.30 pg   Lawatan Peserta dari A1M

 

  • Istana Negara
  • Tugu Negara
  • Planetarium Negara
  • Central Market

 

Peta Asrama 1Malaysia

 

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Kementerian Pendidikan Malaysia

1 Oktober 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s