Mara Sahkan 4 Pelajar Yang Pukul Rakan Mereka Akan Ditukar Ke Sekolah Lain – mStar


Mara Sahkan 4 Pelajar Yang Pukul Rakan Mereka Akan Ditukar Ke Sekolah Lain

PETALING JAYA: Empat pelajar Tingkat 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang didapati bersalah memukul seorang rakan mereka kerana mengadu kepada pihak sekolah yang mereka menghisap rokok akan ditukarkan ke MRSM yang lain.

Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Mara, Ahmad Sabri Kassim berkata dalam satu kenyataan pada Rabu, kesemua empat orang pelajar yang memukul rakan kelas mereka itu telah didapati bersalah dan mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Kejadian pukul itu dikatakan berlaku dua kali – pertama pada jam 11.30 malam Sabtu dan selepas itu sekali lagi pada jam 2.30 pagi Ahad.

Ekoran daripada kejadian itu, pihak polis telah menyoal siasat lapan orang murid sebelum melepaskan mereka atas jaminan polis.

Ahmad Sabri dalam kenyataannya itu menegaskan yang pihak Mara memandang serius kejadian bulit tersebut.

“Kejadian ini sangat-sangat dikesali dan Mara akan mengambil tindakan-tindakan tegas supaya insiden seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Mangsa buli berusia 16 tahun itu memberitahu, sekurang-kurangnya 20 orang murid telah bersubahat menarik dia keluar dari atas katil ke belakang asrama mereka di mana dia kemudiannya dipukul.

Dalam serangan yang kedua, katanya, lima orang murid telah datang ke katilnya lalu menumbuknya manakala seorang lagi memegang sekeping kaca dan mengugut untuk mencederakannya.

Mereka kemudian menolak kepalanya ke dinding.

Bapa pelajar itu, Anuar Abu Kassim, 50, kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Pelajar ditangkap laku seks dalam tandas sekolah – Metro


Pelajar ditangkap laku seks dalam tandas sekolah

 1065  2 Google +3  4  0

Tenom: Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.

 

“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.
“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.

 

“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

 

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.
Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/30

‘Tolong…Aku dah tak larat’ – Metro


‘Tolong…Aku dah tak larat’

 1851  69 Google +1  0  0

Oleh Na’imah Mohamed dan Syahmi Abd Wahab

Tanjong Karang: “Tolong…Aku dah tak larat!!!,” itu jeritan terakhir seorang remaja, Mohd Ijjuddin Sanusi, 15, sebelum tenggelam ketika sedang berenang bersama lima rakannya di Sungai Tengi, Kampung Ampangan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang difahamkan baru pandai berenang serta mengalami kecederaan otot selepas bermain bola sepak sehari sebelum kejadian dipercayai mengalami kekejangan ketika mahu menyeberangi sungai selebar 30 meter berkenaan sebelum cuba diselamatkan rakannya.

Seorang daripada rakan mangsa yang juga saksi kejadian, Mohd Riduan Abd Hamid, 17, berkata, kejadian itu kali pertama Ijjuddin berani berenang menyeberangi sungai berkenaan walaupun sudah beberapa kali diajak berbuat demikian sebelum ini.

“Sebelum ini, dia hanya berani berenang di tepi saja.

FotoANGGOTA bomba dan penduduk kampung mencari Mohd Ijjuddin (gambar kecil).

“Ketika kejadian, kami berusaha menyelamatkannya, namun gagal sebelum dia tenggelam dan hilang daripada pandangan kami,” katanya semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/31

Penyelenggara tapak binaan didakwa bunuh pelajar tingkatan tiga – Berita Harian


Penyelenggara tapak binaan didakwa bunuh pelajar tingkatan tiga

2013/10/31 – 13:12:51 PMCetakEmel Kawan
Petaling Jaya: Seorang penyelenggara tapak binaan, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan membunuh pelajar Tingkatan Tiga, Ng Yuk Tim, sebelum mayatnya dicampak dekat Bandar Putra Klang, minggu lalu.

Poon Wai Hong ,23, didakwa membunuh Yuk Tim, 15, di sebuah rumah di Jalan PJU 1/4F, Kampung Cempaka, Kelana Jaya, antara jam 3 petang hingga 4 petang, 21 Oktober lalu.

TAWARAN MALAYSIAN ALUMNI SCHOLARSHIP


TAWARAN MALAYSIAN ALUMNI SCHOLARSHIP

30 October 2013

Sukacita dimaklumkan, Tawaran Malaysian Alumni City and Regional Scholarship telah dibuka sehingga 31 Januari 2014. Sila layari http://www.canterbury.ac.nz/ScholarshipSearch/ScholarshipDetails.aspx?ScholarshipID=6935.1285 diruangan e-perkhidmatan berkala.

Tahun Pengajian: 2013/2014 bagi peringkat Asasi(Foundation) atau Sarjana Muda(Undergraduate) di Universiti Canterbury

SEMAKAN CALON BERJAYA TEMUDUGA BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2014.


SEMAKAN CALON BERJAYA TEMUDUGA BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2014.

31 October 2013

Adalah dimaklumkan bahawa semakan calon berjaya temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2014 boleh mula disemak mulai 31 Oktober 2013 ( Khamis ) di laman sesawang KPM http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/scbbptb/index.cfm
Terima kasih.