Mara Sahkan 4 Pelajar Yang Pukul Rakan Mereka Akan Ditukar Ke Sekolah Lain – mStar


Mara Sahkan 4 Pelajar Yang Pukul Rakan Mereka Akan Ditukar Ke Sekolah Lain

PETALING JAYA: Empat pelajar Tingkat 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang didapati bersalah memukul seorang rakan mereka kerana mengadu kepada pihak sekolah yang mereka menghisap rokok akan ditukarkan ke MRSM yang lain.

Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Mara, Ahmad Sabri Kassim berkata dalam satu kenyataan pada Rabu, kesemua empat orang pelajar yang memukul rakan kelas mereka itu telah didapati bersalah dan mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Kejadian pukul itu dikatakan berlaku dua kali – pertama pada jam 11.30 malam Sabtu dan selepas itu sekali lagi pada jam 2.30 pagi Ahad.

Ekoran daripada kejadian itu, pihak polis telah menyoal siasat lapan orang murid sebelum melepaskan mereka atas jaminan polis.

Ahmad Sabri dalam kenyataannya itu menegaskan yang pihak Mara memandang serius kejadian bulit tersebut.

“Kejadian ini sangat-sangat dikesali dan Mara akan mengambil tindakan-tindakan tegas supaya insiden seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Mangsa buli berusia 16 tahun itu memberitahu, sekurang-kurangnya 20 orang murid telah bersubahat menarik dia keluar dari atas katil ke belakang asrama mereka di mana dia kemudiannya dipukul.

Dalam serangan yang kedua, katanya, lima orang murid telah datang ke katilnya lalu menumbuknya manakala seorang lagi memegang sekeping kaca dan mengugut untuk mencederakannya.

Mereka kemudian menolak kepalanya ke dinding.

Bapa pelajar itu, Anuar Abu Kassim, 50, kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s