61,859 calon duduki STPM minggu depan – Bernama


61,859 calon duduki STPM minggu depan
1 November 2013

KUALA LUMPUR – Sebanyak 61,859 calon akan menduduki peperiksaan Penggal 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 773 pusat peperiksaan di seluruh negara dari 6 November hingga 18 November ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan hari ini, berkata daripada jumlah itu 60,474 calon sekolah kerajaan, 752 calon sekolah swasta, 623 calon persendirian individu dan sembilan calon sekolah kerajaan negeri.

“Mereka merupakan calon kohort pertama peperiksaan STPM berdasarkan sistem pentaksiran baharu STPM yang diperkenalkan mulai tahun 2012,” kata kenyataan
itu.

Sementara itu peperiksaan ulangan Penggal 1 STPM 2013 akan diadakan dari 19 Nov hingga 25 Nov membabitkan 39,289 calon, manakala peperiksaan ulangan Penggal 2 STPM 2013 akan diadakan mulai 26 November hingga 2 Disember dengan 39,094 calon.

“Sebanyak 54,932 calon pula akan menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2014 pada 19, 20, 21 dan 25 Nov 2013 di 775 buah pusat peperiksaan,” katanya.

Ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi November 2013, pula akan diadakan pada 23 November ini di 664 pusat ujian yang membabitkan 75,098 calon.

Kesemua calon dinasihati supaya sentiasa membawa kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) bagi peperiksaan STPM dan Slip Daftar MUET (MUET/D) bagi MUET untuk menduduki peperiksaan.

Selain dinasihati menyemak pusat peperiksaan, calon juga boleh mencetak LPKC dan MUET/D masing-masing melalui Portal MPM di <http://www.mpm.edu.my&gt;

Sekiranya berlaku sebarang bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh sehingga menyebabkan calon menghadapi kesukaran untuk sampai ke pusat peperiksaan, mereka dinasihati pergi ke pusat peperiksaan berdekatan untuk menduduki kertas peperiksaan pada hari tersebut.

MPM juga membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi di talian 03-61302666,03-61369663, 03-61302664 atau 03-61302646 dari 7.30 pagi hingga 6 petang. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s