Senarai 27 Pekeliling Perkhidmatan Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Seperti Yang Diumumkan YAB Perdana Menteri Dalam Pembentangan Bajet 2014 Pada 25 Oktober 2013
Sumber : Senarai Pekeliling Perkhidmatan
Sumber : Senarai Pekeliling Perkhidmatan
04 November 2013
06 November 2013
Nama Program : MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
Tarikh Program : 06 HINGGA 08 NOVEMBER 2013
Tempat Program dijalankan : Dewan 2020, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis
Tarikh Majlis : 07 November 2013
Peserta Program : 3000 MURID DAN GURU
Pakaian :
Pegawai/Guru (L) : Uniform Kadet Remaja Sekolah / Pasukan Badan Beruniform lain yang berkenaan dengan pegawai/guru berkenaan atau Baju Batik
Pegawai/Guru (P) : Uniform Kadet Remaja Sekolah / Pasukan Badan Beruniform lain yang berkenaan dengan pegawai/guru berkenaan
atau Baju Kurung Batik
Murid : Uniform Pasukan Badan Beruniform masing-masing (bagi kategori Pasukan Badan Beruniform Cemerlang) Baju Sekolah berserta blazer sekolah
Sinopsis Program:
Memberi pengiktirafan kepada semua calon yang layak menerima anugerah mengikut kategori yang disediakan. Pada tahun 2006, Bahagian Sekolah, (2010 – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian). Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian telah mengeluarkan arahan/ makluman berkaitan pelaksanaan pemilihan di semua peringkat di JPN / PPD untuk anugerah tahun ini. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diteruskan sebagai agenda tahunan. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, aktiviti kokurikulum wajib dilaksanakan di sekolah. Pada 23 November 2005, melalui pembentangan Memorandum Pemantapan Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah, Menteri Pelajaran telah mendapat persetujuan dari Jemaah Menteri untuk mengukuh dan memantapkan pelaksanaan kokurikulum. Pelaksanaan dasar markah 10% kegiatan kokurikulum bagi kemasukan ke IPTA telah mengembalikan kesungguhan penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dan meningkatkan pengurusan sekolah dalam bidang tersebut.
OBJEKTIF
• Memberi pengiktirafan kepada murid, sekolah dan pemimpin kokurikulum yang cemerlang di peringkat kebangsaan
• Menggalakkan penyertaan murid dan guru dalam kegiatan kokurikulum sehingga peringkat yang tertinggi
• Mewujudkan penyelarasan dan penyeragaman penganugerahan kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
GEMENCHEH – Demi kasihkan ibu tercinta, lima beradik rela menjaga ibu mereka yang menderita penyakit misteri sejak 13 tahun lalu dengan menumpang kasih dan berteduh di rumah nenek mereka di Felda Bukit Jalor (FBJ), dekat sini.
Walaupun tanpa kehadiran ayah di sisi susulan penceraian, lima beradik berkenaan bukan hanya gigih menjaga ibu bermula seawal pagi, bahkan menimba ilmu pengetahuan bagi mengubah taraf hidup keluarga pada masa hadapan.
Anak ketiga, Hamizah Mohd Hafiz, 17, berkata, dia dan adik-beradiknya yang lain sudah terdidik untuk menjaga ibu mereka, Roziah Md Yusuf, 45, sejak kecil lagi.
“Sejak dari kecil lagi saya sudah melihat bagaimana kakak sulung, Nur Atirah Mohd Hafiz yang kini berusia 21 tahun menjaga ibu yang sakit termasuk menguruskan makan minum serta menukar lampin pakai buang ibu.
“Walaupun banyak masa dihabiskan bagi menjaga ibu, kakak tetap juga berjaya membahagikan masa menuntut ilmu dan kini kakak sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bandaraya Melaka selepas lulus cemerlang di peringkat matrikulasi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di FBJ, dekat sini, baru-baru ini.
Hamizah berkata, mereka tidak pernah membahagikan tugas dalam menjaga ibu mereka kerana masing-masing mengetahui peranan dan sekiranya seseorang daripada mereka sibuk belajar, adik-beradik lain akan menjaga ibu tanpa disuruh.
Menurutnya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, dia juga tidak pernah mengeluh walaupun kadangkala harus menyediakan juadah makan tengah hari sebaik pulang ke rumah sekiranya neneknya, Zawiyah Bador, 81, tidak sempat memasak.
“Saya akan terus memasak, manakala adik saya, Nur Liyana Mohd Hafiz, 16, akan menunggu hidangan untuk menyuap ibu makan. Bahkan, abang kedua saya, Mohd Azri Mohd Hafiz, 19, yang merupakan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR Gemas) juga membantu menjaga ibu sebaik pulang dari sekolah.
“Adik bongsu kami, Nur Adawiah, 13, juga bakal mencontohi jejak langkah kami dan sekiranya saya berjaya melanjutkan pelajaran, saya yakin adik-beradik yang lain akan sentiasa menjaga dan menyayangi ibu,” katanya.
Sementara itu, Zawiyah berkata, anaknya itu mulai diserang sakit misteri sejak 13 tahun lalu dan dihantar pulang oleh suami anaknya itu ke rumahnya.
“Pada mulanya Wan merujuk masalah kesihatannya kepada pakar perubatan, namun mereka mengesahkan anak bongsu Wan ini tidak sakit. Puas sudah Wan membawanya berubat, tapi dia masih juga terlantar sakit dan terbaring begitu sahaja.
“Alhamdulilah, sejak lima tahun lalu, anak Wan ini boleh duduk dan kadangkala percakapannya juga difahami. Walaupun keadaan anak Wan terlantar sebelum ini, dia masih boleh membahagikan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perbelanjaan persekolahan anak-anaknya,” katanya.
Zawiyah berkata, anaknya itu hanya menggunakan bantuan untuk membeli lampin pakai buangnya sahaja dan selebihnya digunakan bagi keperluan persekolahan anak-anak.
“Keperluan perbelanjaan lain Wan tambah melalui pendapatan yang diperoleh daripada hasil getah dan bantuan anak-anak Wan yang lain. Bagaimanapun, Wan sebenarnya agak risau dengan nasib kewangan cucu-cucu Wan ini. Mujur ada antara mereka yang mendapat biasiswa kerajaan,” katanya.
Menurutnya, beberapa tahun lalu dia ada membuat permohonan bantuan JKM, namun ditolak memandangkan anaknya itu mendapat bantuan JKM bagi kategori orang kurang upaya (OKU) terlantar.
“Wan hanya mahu gunakan bantuan itu untuk persekolahan cucu-cucu tetapi permohonan ditolak.
“Namun kini Wan yakin walau apa juga cabaran mendatang, lima beradik ini akan terus menjaga ibu mereka dan mencapai cita-cita masing-masing kerana sepanjang 13 tahun ini, Wan tidak pernah mendengar sekalipun mereka mengeluh atau menolak untuk menjaga ibu mereka,” katanya.
KUALA LUMPUR: Sehingga kini sebanyak 115 Sekolah Menengah telah mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di seluruh negara, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata daripada jumlah itu, hanya dua buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang mencapai status SBT setakat ini.
“SABK yang mencapai taraf SBT itu ialah Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Terengganu dan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu,” katanya menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) di Dewan Rakyat, Rabu.
Che Mohamad ingin tahu bilangan sekolah yang telah mencapai status SBT dan langkah Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan pencapaian Sekolah Menengah Tahfiz seperti Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Terengganu sebagai SBT memandangkan terdapat Pengetua yang bukan daripada kategori guru di sekolah berkenaan.
Ketika menjawab soalan tambahan Che Mohamad berhubung langkah kerajaan untuk memperluaskan program Ulul Albab di Sekolah Rendah pada masa depan, Idris berkata setakat ini Kementerian Pendidikan belum bercadang memperkenalkan program berkenaan di peringkat rendah.
“Buat masa ini tiada rancangan untuk memulakan program Ulul Albab di sekolah rendah kerana kita mahu memantapkan terlebih dahulu program Agama di peringkat sekolah menengah,” katanya.
Idris berkata sejak program Ulul Albab diperkenalkan pada 1999, 40 peratus pelajar program berkenaan telah berjaya menghabiskan hafazan mengikut tahap yang ditetapkan ketika berada di tingkatan tiga dan tingkatan lima.
“Menghafaz Al-Quran bukan satu perkara yang mudah… Jadi pelajar yang menyertainya telah menjalani sesi temuduga sebelum terpilih untuk memasuki program hafazan (program Ulul Albab) ini,” katanya.
Program Ulul Albab merupakan konsep pembelajaran yang menitikberatkan elemen hafazan dan penguasan Al-Quran sebagai asas pembelajaran di samping mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Sementara itu, Idris berkata Kementerian Pendidikan turut melaksanakan program tertentu bagi mengekalkan kecemerlangan SBT seperti program kejurulatihan dan mentor, latihan peningkatan profesionalisme pengetua dan guru besar SBT di Institut Aminuddin Baki dan progam latihan kepada guru melalui Bahagian Pendidikan Guru. – BERNAMA
KOTA BAHRU: Seorang calon yang menduduki hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Agama (SMA) Saniah, Pasir Puteh, dekat sini dilaporkan rebah dan meninggal dunia selepas kira-kira 30 minit menjawab soalan, pagi ini.
Pelajar terbabit dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis (HTA) di sini.
Pelajar perempuan berkenaan, NurSyazwani Arifin, 17, dikatakan sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 apabila tiba-tiba rebah dan pengsan di atas lantai dewan pemeriksaan sekolah itu.
DUNGUN 6 Nov. – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Omar dekat sini meninggal dunia awal pagi ini di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kemalangan.
Mangsa, Mohd. Nor Alif Harun, 17, yang merupakan calon SPM aliran vokasional (automotif) dimasukkan ICU sejak dua hari lalu akibat kecederaan serius selepas terlibat dalam satu kemalangan dekat sini Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131106/dn_23/Calon-SPM-meninggal-hari-pertama-peperiksaan#ixzz2jqgxp0yC
© Utusan Melayu (M) Bhd
GUA MUSANG 6 Nov. – Kerajaan akan memastikan pembinaan bangunan baharu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Pulai yang menelan belanja RM2.5 juta disiapkan mengikut jadual supaya pemindahan pelajar dapat dilakukan awal tahun depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusof berkata, bangunan baharu itu bagi menggantikan bangunan kayu lama yang semakin uzur dan tidak selamat lagi digunakan untuk tempat belajar bagi pelajar sekolah terbabit.
Beliau berkata, pembinaan bangunan baharu sekolah itu juga sebagai menunaikan janji kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada November 2010.
“Pembinaan bangunan baharu itu membuktikan kerajaan BN tidak pernah mungkir janji dan tetap melaksanakannya untuk keselesaan pelajar,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek sekolah itu dekat sini, kelmarin. – UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131106/dn_24/Pembinaan-SRJKC-Pulai-berharga-RM25-juta-ikut–jadual#ixzz2jqgqCDHN
© Utusan Melayu (M) Bhd
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Seramai 470,395 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini hingga 5 Disember depan.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM), daripada jumlah itu seramai 415,509 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Sebanyak 8,054 calon pula dari sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); 8,325 calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 11,261 calon sekolah swasta berdaftar dengan KPM; 25,857 calon sekolah persendirian; dan 1,389 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat. – BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131106/dn_25/Seramai-470395-calon-menduduki-SPM-mulai-hari-ini#ixzz2jqgFk79r
© Utusan Melayu (M) Bhd
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kementerian Pendidikan akan menilai skim perkhidmatan pensyarah seperti dicadangkan Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) supaya kenaikan pangkat pensyarah dan tenaga pengajar dibuat berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukan hanya merit.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu akan dibincang untuk perhatian.
“Apa juga skim yang dikemukakan kita akan nilai dengan baik dan kita akan bawa untuk perbincangan dan diketengahkan sekiranya perlu, agar mendapat perhatian yang sebaiknya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Isnin lalu MAAC yang diwakili Pengerusinya, Prof. Dr. Mohd Idrus Mohd Masirin mencadangkan perkara itu dengan alasan tidak semua pensyarah melakukan kajian serta menghasilkan inovasi untuk dijadikan merit dalam kenaikan pangkat.
Katanya, MAAC juga mahukan satu skim perkhidmatan yang seragam untuk semua pensyarah berikutan skim pensyarah perubatan pada masa ini adalah berbeza daripada skim pensyarah fakulti-fakulti lain. – BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131106/dn_26/Kementerian-akan-nilai-skim-perkhidmatan-pensyarah#ixzz2jqg4aNnJ
© Utusan Melayu (M) Bhd