22 calon SPM di Kelantan duduki peperiksaan di hospital – Utusan


22 calon SPM di Kelantan duduki peperiksaan di hospital

 

KOTA BHARU 6 Nov. – Penyakit buah pinggang yang dikesan sejak Ogos lalu menyebabkan, Alif Nazri Mat Nawi, 17, sering berulang alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) di sini untuk mendapatkan rawatan.

Namun, ia bukan alasan kepada anak ketiga daripada empat beradik ini mengabaikan pelajaran, malah penyakitnya itu menjadi pendorong kepadanya melakukan yang terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pintu Geng aliran Sastera ini merupakan salah seorang daripada 22 calon SPM yang menduduki peperiksaan tersebut di beberapa buah hospital di negeri ini.

Seramai 34,193 calon mengambil peperiksaan itu di 291 pusat di seluruh negeri terdiri daripada 27,048 calon sekolah kerajaan; Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan (4,973); swasta (123) dan persendirian (2,049).

“Penyakit saya mula dikesan sejak Ogos lalu dan sejak daripada itu setiap dua minggu saya akan mendapatkan rawatan mencuci buah pinggang dihospital ini.

“Selepas mula dimasukkan ke hospital Sabtu lalu, saya berada dalam keadaan lemah namun tetap menguatkan diri mengulangkaji pelajaran bagi merealisasikan impian saya menjejak kaki ke menara gading selepas ini.

“Dalam ujian percubaan baru-baru ini saya tidak memperolehi sebarang A, tetapi saya yakin mendapat 5A dalam SPM tahun ini seterusnya merealisasikan impian saya itu,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Hussain Awang yang meninjau calon-calon menduduki peperiksaan di hospital berkenaan berkata, selain lapan orang di HPRZ II, enam calon lagi mengambil peperiksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan seorang di Hospital Pakar Perdana manakala selebihnya di beberapa hospital daerah di negeri ini.

“Buat masa ini terdapat 22 calon SPM menduduki peperiksaan itu di hospital kerana mereka masih dalam rawatan di sebabkan kemalangan dan juga menghidap penyakit tertentu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131106/dn_28/22-calon-SPM-di-Kelantan-duduki-peperiksaan-di-hospital#ixzz2jqfsQwBa
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s