Kementerian akan nilai skim perkhidmatan pensyarah – Bernama


Kementerian akan nilai skim perkhidmatan pensyarah

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kementerian Pendidikan akan menilai skim perkhidmatan pensyarah seperti dicadangkan Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) supaya kenaikan pangkat pensyarah dan tenaga pengajar dibuat berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukan hanya merit.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu akan dibincang untuk perhatian.

“Apa juga skim yang dikemukakan kita akan nilai dengan baik dan kita akan bawa untuk perbincangan dan diketengahkan sekiranya perlu, agar mendapat perhatian yang sebaiknya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Isnin lalu MAAC yang diwakili Pengerusinya, Prof. Dr. Mohd Idrus Mohd Masirin mencadangkan perkara itu dengan alasan tidak semua pensyarah melakukan kajian serta menghasilkan inovasi untuk dijadikan merit dalam kenaikan pangkat.

Katanya, MAAC juga mahukan satu skim perkhidmatan yang seragam untuk semua pensyarah berikutan skim pensyarah perubatan pada masa ini adalah berbeza daripada skim pensyarah fakulti-fakulti lain. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131106/dn_26/Kementerian-akan-nilai-skim-perkhidmatan-pensyarah#ixzz2jqg4aNnJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s