MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

06 November 2013

Nama Program  :  MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Tarikh Program  :     06 HINGGA 08 NOVEMBER 2013

Tempat Program dijalankan :   Dewan 2020, Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis

Tarikh Majlis     :     07 November 2013

Peserta Program   :     3000 MURID DAN GURU
Pakaian    :
Pegawai/Guru (L)  :    Uniform Kadet Remaja Sekolah / Pasukan Badan Beruniform lain yang berkenaan dengan pegawai/guru berkenaan atau Baju Batik

Pegawai/Guru (P) :    Uniform Kadet Remaja Sekolah / Pasukan Badan Beruniform lain yang berkenaan dengan pegawai/guru berkenaan
atau Baju Kurung Batik

Murid :    Uniform Pasukan Badan Beruniform masing-masing (bagi kategori Pasukan Badan Beruniform Cemerlang) Baju Sekolah berserta blazer sekolah

Sinopsis Program:
Memberi pengiktirafan kepada semua calon yang layak menerima anugerah mengikut kategori yang disediakan. Pada tahun 2006, Bahagian Sekolah, (2010 – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian). Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian telah mengeluarkan arahan/ makluman berkaitan pelaksanaan pemilihan di semua peringkat di JPN / PPD untuk anugerah tahun ini. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diteruskan sebagai agenda tahunan. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, aktiviti kokurikulum wajib dilaksanakan di sekolah. Pada 23 November 2005, melalui pembentangan Memorandum Pemantapan Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah, Menteri Pelajaran telah mendapat persetujuan dari Jemaah Menteri untuk mengukuh dan memantapkan pelaksanaan kokurikulum. Pelaksanaan dasar markah 10% kegiatan kokurikulum bagi kemasukan ke IPTA telah mengembalikan kesungguhan penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dan meningkatkan pengurusan sekolah dalam bidang tersebut.

OBJEKTIF
•    Memberi pengiktirafan kepada murid, sekolah dan pemimpin kokurikulum yang cemerlang di peringkat kebangsaan
•    Menggalakkan penyertaan murid dan guru dalam kegiatan kokurikulum sehingga peringkat yang tertinggi
•  Mewujudkan penyelarasan dan penyeragaman penganugerahan kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s