Perkenal OSH di sekolah – Bernama


Perkenal OSH di sekolah

 0  0 Google +0  0  0

Kuala Lumpur Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) menawarkan bantuan kepada Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di sekolah melalui “Program OSH Di Sekolah”.

Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata OSH perlu diperkenalkan di sekolah berikutan berlaku kemalangan yang melibatkan guru, pelajar dan petugas lain akibat runtuhan struktur bangunan, kipas siling, tiang gol, dan letupan berpunca daripada bahan kimia.
“Keselamatan dan kesihatan amat penting di sekolah. Kemalangan seperti itu tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi di sekolah kerana ibu bapa amat mengharapkan anak mereka selamat di situ,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

 

Lee berkata pelaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) di sekolah sebagai tempat bekerja bertujuan menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat dan sihat untuk guru, pelajar dan pelawat.
Ia bertujuan menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka yang sedang bekerja serta melindungi pelajar daripada menerima kesan buruk dari segi kesihatan dan keselamatan akibat kegiatan pekerja lain.
Lee berkata tidak ramai mengetahui tentang “Program OSH Di Sekolah”, yang meliputi satu lagi dimensi serta melihat sekolah sebagai tempat bekerja mengikut OSHA 1994. Melalui program ini, kata beliau, NIOSH berharap dapat mengesyorkan kaedah pengurusan OSH yang berkesan melalui aktiviti penyebaran pendidikan, kesedaran, penerangan dan pameran untuk memastikan pekerja menyedari tentang risiko yang dihadapi mereka ketika berada di tempat kerja dan cara untuk bekerja dengan selamat bagi menangani risiko yang dihadapi. – BERNAMA

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/06

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s