78,521 calon SPM duduki peperiksaan – Metro


78,521 calon SPM duduki peperiksaan

 0  0 Google +0  0  0

Oleh Nurul Fhatihah Zakinan

Shah Alam: Seramai 78,521 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Selangor menduduki peperiksaan di 521 pusat peperiksaan di negeri itu, semalam.

Jumlah calon SPM di negeri berkenaan merangkumi calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Menengah (SAM), swasta dan persendirian.

Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim, berkata seramai 5,994 calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di negeri itu turut menjalani peperiksaan penggal ketiga di 76 pusat peperiksaan pada hari yang sama.

“Jumlah calon SPM dan STPM di Selangor masing-masing meningkat sebanyak 3,774 dan 1,435 pada tahun ini berbanding hanya 74,747 dan 4,559 calon tahun lalu,” katanya.
Peperiksaan SPM bermula 6 November hingga 5 Disember depan dan peperiksaan STPM akan berakhir pada 18 November ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/07

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s