CUEPACS syor akta sedia ada diperkasa – Metro


CUEPACS syor akta sedia ada diperkasa

 0  0 Google +0  0  1

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan menambahbaik akta sedia ada bagi menangani salah laku penjawat awam berbanding mewujudkan akta baru bagi mencegah masalah ketirisan dan rasuah.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata ini kerana akta sedia ada sudah mencukupi bagi menangani salah laku penjawat awam namun akta itu tidak pernah disemak semula sejak 1973 bagi membolehkan beberapa bab dimasukkan dalam akta termasuk bagi kesalahan rasuah.
“Empat tahun lalu CUEPACS ada mencadangkan agar Akta 605 (Tatatertib Penjawat Awam) disemak semula serta ditambah bab berkaitan rasuah. Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penambahan dalam akta itu.

 

“Kita tidak menghalang penubuhan akta baru malah kita menyambut baik tapi mungkin lebih bersesuaian sekiranya akta sedia ada dapat diperkasakan dengan perkara yang lebih menyeluruh serta memberi kuasa kepada ketua jabatan untuk terus mengambil tindakan kepada penjawat awam yang melakukan kesalahan tata tertib termasuk rasuah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/06

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s