Enam guru tiada gaji – Metro


Enam guru tiada gaji

 55  0 Google +0  0  0

Oleh Siti Suraya Md Tap

Shah Alam: Seramai enam tenaga pengajar sebuah maahad tahfiz di Puncak Alam, dekat sini menghadapi dugaan getir dan terpaksa ‘berlapang dada’ gara-gara tindakan penjenayah melarikan wang gaji yang dibawa setiausaha institusi pendidikan swasta itu dalam kejadian di Setia Alam, di sini kelmarin.

Berikutan itu, gaji ustaz dan ustazah berkenaan tertangguh sementara waktu dan pihak pengurusan kini sedang mencari mekanisme lain untuk membuat bayaran kepada mereka membabitkan bayaran sebanyak RM1,200 setiap seorang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika mangsa, Muhd Sabri Muhd Nor, 35, baru mengeluarkan wang sebanyak RM13,000 daripada sebuah mesin juruwang automatik (ATM) sebelum meletakkannya di bawah kerusi hadapan pemandu keretanya.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang, anaknya terasa lapar dan teringin untuk makan di sebuah restoran makanan segera berhampiran sebelum dia berbuat demikian.
“Selepas selesai makan, saya kembali ke kenderaan dan terkejut apabila mendapati cermin tingkap Proton Pesona di bahagian pemandu sudah pecah dan apabila memeriksa, sampul berisi wang yang diletakkan sudah hilang,” katanya.
Menurutnya, kenderaannya tidak mempunyai sistem penggera dan sudah menjadi kebiasaan, dia mengeluarkan wang untuk membayar gaji enam guru yang berkhidmat di institusi berkenaan di sebuah bank berdekatan.

“Biasanya, saya akan terus pulang dan tidak akan singgah kerana bimbang wang yang dikeluarkan banyak tetapi pada hari kejadian,” katanya.

“Kejadian berlaku dalam tempoh kira-kira setengah jam dan saya langsung tidak mengesyaki ia boleh berlaku kepada saya,” katanya.

Menurutnya, dia turut bertanyakan pekerja dan pelanggan restoran yang makan di bahagian luar untuk mendapat kepastian, namun mereka juga tidak melihat kelibat individu yang melarikan wang dalam keretanya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Setia Alam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Deputi Superintendan Ruslan Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/07

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s