Meninggal lepas 4 hari koma – Metro


Meninggal lepas 4 hari koma

 3  0 Google +0  0  0

Dungun: “Adik sayang mak sangat-sangat dan jika adik mati mak anggaplah Affian sebagai pengganti adik,” itulah kata-kata terakhir Mohamad Nor Alif Harun, 17, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang meninggal dunia selepas empat hari koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, semalam.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar sebelum itu dilaporkan kritikal selepas motosikal diboncengnya dilanggar mat rempit yang sedang berlumba di Kilometer 79.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 49, di sini, Jumaat lalu.
Selepas koma dan diberi rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ mangsa akhirnya disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam, kelmarin.

 

Ibunya, Ramli Sara Ramli, 56, berkata, pada hari kejadian, anak bongsu daripada tujuh beradik itu menyertai kem Sejarah yang dianjurkan sekolahnya membabitkan semua calon SPM.
“Sebelum turun dari rumah pagi itu, arwah sempat bersalam dan beberapa kali memeluk serta mencium pipi sambil meminta saya banyak berehat dan tidak buat kerja berat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Pasir, di sini, semalam.
Katanya, arwah juga sempat berpesan jika ditakdirkan dia mati, arwah meminta ibunya supaya menjadikan abangnya, Mohamad Affian, 23, sebagai pengganti.

 

“Sebelum ini, arwah tidak pernah berbuat demikian dan juga sempat berpesan kepada abangnya itu supaya menjaga saya dengan baik dan saya tidak sangka itu pesanan terakhir arwah,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/07

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s