Pakai tiub jawab ujian – Metro


Pakai tiub jawab ujian

 0  0 Google +0  0  0

Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris

Ipoh: Biarpun mengalami masalah sesak nafas hingga memerlukan bantuan tiub saluran makanan, seorang pelajar, Nurliyana Zainuddin, 17, menguatkan semangatnya bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, pagi semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah itu dimasukkan ke wad hospital berkenaan Jumaat lalu selepas mengalami sesak nafas yang serius.

Nurliyana berkata, pada awalnya dia agak bimbang apabila doktor mahu memasukkan saluran tiub ke dalam hidungnya berikutan peperiksaan SPM semakin hampir, namun selepas beberapa hari berada di wad itu, dia mula selesa dan kembali yakin untuk menghadapi peperiksaan berkenaan.

“Biarpun badan saya agak lemah dan tidak stabil, saya kuatkan semangat demi menyelesaikan peperiksaan kali ini yang boleh dianggap paling sukar berikutan terdapat banyak masalah kesihatan,” katanya sebaik selesai menjawab soalan kertas Bahasa Melayu satu dan dua, di bilik khas, HRPB, petang semalam.

FotoNURLIYANA (kiri) bersama Nursyafika menduduki peperiksaan SPM di bilik rehat doktor HRPB, semalam.

Menurut Nurliyana, dia mengakui tidak selesa ketika menjawab soalan peperiksaan SPM yang bermula semalam kerana tiub yang mengelilingi sekitar badannya itu sedikit sebanyak mengganggu tumpuan ketika menjawab soalan.
“Walaupun agak terkilan kerana gagal melakukan persiapan akhir bagi menghadapi peperiksaan ini, saya bersyukur kerana masih berupaya mendudukinya dengan sokongan ibu dan ayah.

“Saya tidak mahu terlalu mengharap, namun akan terus berdoa supaya mendapat keputusan cemerlang,” katanya.

Sementara itu, pelajar SMK Malim Nawar, Nursyafika Zainol, 17, yang mempunyai penyakit saraf turut mengakui menghadapi kesukaran apabila terpaksa menjawab peperiksaan itu dalam keadaan tidak sihat.

“Saya berada di wad HRPB hampir sebulan sejak dimasukkan pada Oktober lalu akibat masalah saraf di bahagian buah pinggang. Pada Jun lalu, saya menjalani pembedahan bagi membuang air di dalam kepala.

“Walaupun berdepan pelbagai rintangan sebelum SPM bermula, saya tetap kuatkan semangat untuk menjawab soalan peperiksaan paling penting ini,” katanya.

Pada masa sama, 43,289 pelajar di negeri ini menduduki SPM termasuk 74 calon bagi berkeperluan khas dan 2157 bagi calon persendirian di 353 pusat peperiksaan pada tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/07

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s