Sedih anak masuk periksa berkerusi roda – Metro


Sedih anak masuk periksa berkerusi roda

 0  0 Google +0  0  0

Oleh Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: “Sayu hati saya melihat anak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan berkerusi roda dan memakai kain pelekat. Demi masa depannya saya dan isteri reda dengan apa yang terjadi dan menghantarnya ke sekolah sepanjang peperiksaan ini berlangsung,” kata Muhamad Anhar Mukhtar, bapa kepada calon SPM, Muhammad Norman Fikri yang patah kaki kanannya akibat kemalangan jalan raya.

Muhamad Anhar, 46, berkata, anak sulungnya itu terbabit dalam kemalangan di Jalan Raja Muda Musa Ali, di sini, pada 25 September lalu, ketika anaknya itu menunggang motosikal pulang dari sekolah sebelum dirempuh kereta yang memasuki simpang jalan.

Katanya, kaki kanan Muhammad Norman patah di dua bahagian menyebabkan kakinya terpaksa dipasang besi pendakap dan menyulitkan pergerakan anaknya itu.

“Anak saya tidak menduduki peperiksaan di hospital kerana dibenarkan keluar wad selepas lima hari dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Berikutan itu, hari ini (semalam) saya bersama isteri, Moni Rita Noordin, 43, menghantarnya ke sekolah untuk menduduki SPM.

FotoMUHAMMAD Norman berkerusi roda ketika menjawab peperiksaan SPM, semalam.

“Melihat anak dalam keadaan ini memang sedih, namun hati sedikit lega kerana anak sulung kami itu kelihatan tenang dan gembira kerana dapat menduduki peperiksaan penting ini bersama rakan sekolahnya,” katanya ketika ditemui selepas menghantar anaknya di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, di sini, semalam.
Menurutnya, pengawas peperiksaan di sekolah itu turut memberitahu supaya dia memohon dengan pihak hospital bagi membolehkan Muhammad Norman menjawab kertas peperiksaan di hospital agar anaknya itu lebih selesa.

“Bagaimanapun, anak saya menyatakan dia lebih suka mengambil peperiksaan di sekolah kerana ramai kawan dan kami akur dengan kemahuannya itu serta akan menghantarnya ke sekolah hingga SPM tamat pada 27 November ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/07

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s