Guru Pendidikan Islam Dikesan Sebar Fahaman Syiah – Bernama


Guru Pendidikan Islam Dikesan Sebar Fahaman Syiah

ALOR SETAR: Beberapa guru yang mengajar subjek pendidikan Islam di sekolah menengah kerajaan di Kedah dikesan menyebar serta mengedar buku berkaitan fahaman dan ajaran Syiah kepada pelajar mereka.

Timbalan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah Abdullah Din berkata kegiatan guru terbabit di beberapa sekolah di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dikesan baru-baru ini.

“Perbuatan guru-guru ini boleh merosakkan akidah pelajar kerana ajarannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipegang oleh umat Islam negara ini,” katanya kepada pemberita selepas menganggotai panel Forum Ancaman Syiah anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar di sini, Ahad.

Beliau berkata perkara itu dimaklum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka.

Abdullah juga berpendapat guru Pendidikan Islam yang menganut fahaman Syiah tidak seharusnya mengajar subjek itu.

Beliau berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh untuk melabel seseorang sebagai penganut Syiah, tindakan mengedarkan buku berkaitan fahaman itu kepada pelajar jelas membuktikan mereka adalah pengikut Syiah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Institusi Pondok Tahfiz dan Ilmuan Sunni Profesor Dr Abdul Aziz Hanafi berkata pelajar boleh terkeliru apabila guru pendidikan Islam berfahaman Syiah menyampaikan fakta berbeza dengan silibus yang disediakan.

Beliau berkata ajaran Syiah mengagungkan Imam 12 serta mengkafirkan sahabat Rasulullah dan ini boleh mengelirukan pelajar sekolah namun akhirnya mereka akan percaya dengan apa yang diajar guru berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN)perlu mengharamkan penjualan novel ‘Perempuan Nan Bercinta’ yang dipercayai mempunyai unsur Syiah dan boleh memesong akidah pembaca, terutama pelajar sekolah. – BERNAMA

Kerajaan Kedah Siasat Dakwaan Guru Besar Sebar Syiah Di Sekolah – Bernama


Kerajaan Kedah Siasat Dakwaan Guru Besar Sebar Syiah Di Sekolah

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan menyiasat dakwaan ada guru terutama yang mengajar Pendidikan Islam menyebar fahaman Syiah kepada pelajar sekolah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga dan Pelancongan Mohd Rawi Abd Hamid berkata pihaknya sedang mengenal pasti guru-guru yang dimaksudkan dan akan mengadakan pertemuan dengan mereka secepat mungkin.

Jika benar guru terbabit berbuat demikian, mereka akan dikenakan tindakanmengikut Enakmen Anti-Syiah yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri baru-baruini, katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Pemantapan Akidah Peringkat negeri di Sri Mentaloon pada Isnin.

“… dan kita minta Kementerian Pendidikan ambil tindakan tegas terhadapguru yang menyebarkan fahaman bertentangan peruntukan undang-undang sedia ada,”katanya

Mohd Rawi diminta mengulas laporan media mengenai tindakan beberapa guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam di sekolah menengah kerajaan di Kedah dikesan menyebar serta mengedar buku berkaitan fahaman dan ajaran Syiah kepada pelajar mereka.

Mohd Rawi berkata guru yang dikenal pasti terbabit ajaran Syiah itu akan menjalani proses mengembalikan mereka ke pangkal jalan oleh Majlis Agama Islam Kedah.

“Kita nak orang ramai tahu bahaya fahaman Syiah ini. Kita lihat di Kedah hari ini kira-kira 100 pengikut Syiah berani tampil yang diketuai ketuanya Abdullah Hassan membuat laporan polis terhadap Mufti Kedah.

“Kita bimbang apabila anggota mereka semakin ramai, akan menjadi lebih berani tampil untuk menentang kita. Dalam fahaman itu, mereka halalkan darah pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Itu yang kita bimbangkan,” katanya.

Sementara itu Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata tanggungjawab menyekat fahaman terpesong itu bukan terletak pada jabatan agama, mufti ataupun kerajaan negeri sahaja, sebaliknya perlu dilakukan oleh seluruh masyarakat.

“Kita sekarang ini nak selamatkan orang Islam Ahli Sunnah Wal-Jamaah daripada terikut dengan fahaman bertentangan itu sebab kita tahu orang Syiah ini akan janjikan pelbagai kemewahan dan sebagainya untuk tarik orang ramai sertai mereka,” katanya.

Beliau juga yakin mereka yang baharu sahaja mengikut fahaman itu dapat diselamatkan menerusi pelbagai cara.-BERNAMA

40 pelajar dan guru terselamat, bas dinaiki terbabas – Utusan


40 pelajar dan guru terselamat, bas dinaiki terbabas

 

SEREMBAN 11 Nov. – Sebanyak 40 orang guru dan murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Ladang Serkam, Merlimau, Melaka berdepan saat-saat mencemaskan apabila bas yang dinaiki terbabas sebelum terbalik di susur masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Seremban di sini awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu menyebabkan seorang guru dan 18 murid yang dalam perjalanan pulang daripada menyertai rombongan sekolah dari Alor Setar, Kedah cedera ringan.

Kesemua murid yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Ja’afar dekat sini manakala guru berusia 33 tahun itu menerima rawatan di hospital yang sama ekoran mengalami kecederaan belakang akibat kemalangan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131111/je_17/40-pelajar-dan-guru-terselamat-bas-dinaiki-terbabas#ixzz2kOEho6zN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pelajar tingkatan tiga SMK Sungai Petai dikhuatiri lemas – Utusan


Pelajar tingkatan tiga SMK Sungai Petai dikhuatiri lemas

 

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH 11 Nov. – Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai dekat sini dikhuatiri lemas selepas perahu jalur yang dinaiki bersama tiga lagi rakan, tenggelam di Sungai Pulau Lima dekat sini kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Dalam kejadian itu, pelajar terbabit, Zulkifli Razai, 15, bersama tiga lagi rakan dikatakan gagal menyelamatkan diri kerana tidak pandai berenang selepas bot yang mereka dimasuki air, kira-kira 100 meter dari tempat mula berkayuh.

Menurut seorang rakan mangsa yang terselamat dalam kejadian itu, Mohd. Shukri Zul, 14, mereka berada di sungai berkenaan untuk mencari siput.

Operasi menyelamat mangsa sedang dilakukan sepasukan anggota pasukan bomba dan penyelamat Pasir Puteh serta penduduk setempat. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131111/je_21/Pelajar-tingkatan-tiga-SMK-Sungai-Petai-dikhuatiri–lemas#ixzz2kOEZbadP
© Utusan Melayu (M) Bhd

SURAT SIARAN PEMAKLUMAN MENGENAI STATUS PELAKSANAAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN


SURAT SIARAN PEMAKLUMAN MENGENAI STATUS PELAKSANAAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN

Kategori Surat Siaran
Bil 1
Tahun 2013
Jabatan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Fail SURAT SIARAN PEMAKLUMAN MENGENAI STATUS PELAKSANAAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN
Tarikh 01 November 2013

MAKLUMAN PENGGUNAAN LOGO DAN LAGU RASMI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014 – VISIT MALAYSIA YEAR 2014 (VMY2014)


MAKLUMAN PENGGUNAAN LOGO DAN LAGU RASMI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014 – VISIT MALAYSIA YEAR 2014 (VMY2014)

11 November 2013

 

 

Muat Turun
Logo VMY2014 (Blue) JPG
Logo VMY2014 (White) JPG
Logo VMY2014 Adobe Illustrator
Logo VMY2014 – Guideline Summary

VISI DAN MISI KPM YANG BARU


VISI DAN MISI KPM YANG BARU

11 November 2013

 

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.

 

Visi dan misi KPM yang baru adalah seperti berikut:-

VISI

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

MISI

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”