29 peratus pelajar akses Internet guna telefon pintar – Utusan


29 peratus pelajar akses Internet guna telefon pintar

 

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

Telefon pintar jadi pilihan pelajar untuk layari Internet

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Telefon pintar menjadi pilihan utama kalangan pelajar di negara ini untuk melayari Internet berbanding komputer peribadi, demikian menurut Kajian Kebangsaan 2013 hari ini.

Menurut kajian mengenai keselamatan dalam dalam talian itu mendapati 29 peratus daripada pelajar yang terlibat dalam kajian itu menggunakan telefon pintar untuk melayari Internet, diikuti oleh tablet dan 23 perarus lagi menggunakan telefon mudah alih.

Kajiah yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia dan DiGi Telecommunications itu turut mendapati 60 peratus daripada mereka menggunakan omputer desktop dan peranti tablet untuk melayari Internet, manakala 34 peratus menggunakan komputer riba.

Kajian tersebut melibatkan sejumlah 9,651 orang kanak-kanak sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara daripada 26 April hingga 12 Oktober 2013 semasa mereka menghadiri Bengkel CyberSafe di sekolah.

Kajian itu mendapati lebih 50 peratus pelajar di Malaysia melayari Internet selama 8 jam seminggu dan 16 peratus melayari Internet selama 28 jam seminggu.

Mengakses laman sosial merupakan aktiviti utama pelajar semasa menggunakan Internet dengan 68 peratus melayari Facebook dan 51 peratus bermain mainan dalam talian (online games) dan 44 peratus menggunakannya untuk aktiviti pendidikan dan penyelidikan.

Separuh daripada mereka mempunyai pengalaman pertama menggunakan Internet bersama keluarga atau saudara mara.

Majoriti atau 80 peratus mengekses Internet dari rumah namun di Kuala Lumpur dan Kelantan kebanyakan mereka melayari Internet di pusat-pusat Internet.

Sementara separuh daripada mereka merasakan tidak selamat semasa melayari Internet dan kebanyakan mereka menyedari kepentingan keselamatan semasa melayari Internet tetapi tidak tahu bagaimana untuk melindungi diri daripada pencerobohan data peribadi mereka di Internet. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s