UPSR: Peratusan peroleh 5A di Johor meningkat – Utusan


UPSR: Peratusan peroleh 5A di Johor meningkat

 

Oleh IFQDAR RAHMAN

 

 

JOHOR BAHRU 14 Nov. – Seramai 5,532 atau 9.62 peratus daripada jumlah keseluruhan 58,391 calon yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini tahun ini berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Md. Hasidin Zaini berkata, keputusan itu sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 0.55 peratus berbanding 9.07 peratus atau seramai 5,777 daripada 63,676 calon yang mendapat keputusan 5A pada tahun lalu.

“Peratusan calon yang mencapai penguasaan minimum, sekurang-kurangnya mendapat C telah meningkat dari 69.30 peratus tahun lalu kepada 69.69 peratus kali ini.

“Bagi Gred Purata Negeri (GPN) pula, Johor mempamerkan peningkatan keseluruhan dengan mencatat 2.14 berbanding 2.19 pada 2012. Ia adalah satu pencapaian yang membanggakan memandangkan GPN tersebut berjaya mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 2.27 mata.

“Apabila nilai gred semakin mengecil, ia bermakna negeri ini berjaya merekodkan pencapaian calon yang lebih baik,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan UPSR peringkat negeri di Jabatan Pendidikan negeri, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s