Leka musim cuti sekolah – Sinar Harian


Leka musim cuti sekolah
WARTAWAN SINAR HARIAN
19 November 2013
  • Leka musim cuti sekolahTiada halangan, kanak-kanak ini bebas menghabiskan wang mereka semata-mata untuk permainan.
< 1 / 1 >

GEORGETOWN – Segelintir remaja dan kanak-kanak, di sini, sanggup menghabiskan puluhan wang ringgit semata-mata untuk permainan internet di alam maya sepanjang musim cuti persekolahan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati golongan tersebut memenuhi beberapa premis permainan internet khasnya siber kafe.

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mengakui sanggup menghabiskan RM30 sehari untuk bermain pelbagai jenis permainan di internet.

Menurutnya, wang berkenaan diperoleh daripada emaknya dan juga hasil simpanan ketika bersekolah.

“Rumah saya ada juga komputer dan internet tapi emak tidak bagi saya main setiap masa, kalau di rumah emak beri saya untuk main dalam masa 30 minit saja.

“Kalau main game internet ada syarat iaitu saya kena belajar dan ulang kaji pelajaran, tapi inikan cuti sekolah, bosan kalau kena tengok buku lepas main,” katanya.

Dia yang mengunjungi siber kafe itu setiap hari minggu juga ditemani tiga lagi rakan yang lain.

Rakannya yang berusia 13 tahun itu berkata, permainan internet tidak salah tetapi hanya perlukan duit untuk meneruskan permainan mengikut jam.

Akuinya, dia sendiri tidak puas dan seronok sekiranya hanya bermain dalam tempoh masa satu jam atau 30 minit sahaja.

“Kurang-kurang kena main dua jam atau tiga jam baru seronok, kami guna internet sebab ada kawan-kawan lain bertanding dengan kami.

“Bila kita online, dia pun akan online dan kami akan bertanding, duit tidak perlu risau sebab abang saya akan bagi untuk saya beli buku, baki duit itu saya simpan dan main internet,” katanya.

Sementara itu, seorang penjaga kedai siber kafe di Sungai Dua mengakui kedainya menjadi tumpuan kanak-kanak ketika musim cuti persekolahan.

Namun situasi berkenaan juga berlarutan ketika musim persekolahan yang mana menjadi tumpuan selepas tamat waktu pembelajaran.

“Kami tiada sekatan untuk tidak benarkan mereka (pelajar) masuk, saya pun hanya bekerja bukannya tauke kedai. Kalau budak-budak hendak main permainan internet hanya beri duit sahaja, tiada duit tidak boleh main.

“Lagipun pada saya selagi mereka tidak abai kerja sekolah itu masih okey, kalau selalu sangat kami pun tidak boleh buat apa,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s