Remaja hilang di villa ditemui selamat – Berita Harian


Remaja hilang di villa ditemui selamat

2013/11/19 – 10:42:36 AMCetakEmel Kawan
Remaja hilang di villa ditemui selamatMOHAMAD Izzat Izzudin Hussin, 16, memohon maaf kepada ibunya, Norhayati Mohamad, 39, selepas memberi keterangan kepada polis mengenai kehilangannya selepas memasuki Villa Nabila di Jalan Skudai, sejak awal pagi Ahad lalu. – Foto Zain Ahmed

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang pada awalnya dilaporkan hilang selepas dikatakan masuk ke sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai, sejak awal pagi Ahad lalu, ditemui selamat.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui rakannya di Bandar Datuk Onn, dekat sini, kira-kira jam 2 pagi ini.

Ibunya, Norhayati Mohamad, 39, berkata beliau dimaklumkan oleh polis mengenai penemuan anaknya itu.

Difahamkan orang ramai menghubungi pihak polis memaklumkan mengenai Izzat selepas berita mengenai kehilangannya dikeluarkan media massa.
Mangsa difahamkan bersama rakannya memasuki Villa Nabila awal pagi Ahad sebelum keluar menerusi pintu belakang dan membuat keputusan tidak pulang ke rumahnya, sebaliknya tidur di rumah rakannya.

Susulan kehilangan Izzat, keluarganya membuat laporan polis dan kes itu kemudian mendapat perhatian orang ramai yang membuat tanggapan mangsa itu hilang di villa berkenaan dan kononnya `disorok’ penunggu banglo lama berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s