PENAFIAN KENYATAAN TAN SRI KPPA BERKAITAN PENYELARASAN KADAR ELAUN YANG BAHARU – JPA


PENAFIAN KENYATAAN TAN SRI KPPA BERKAITAN PENYELARASAN KADAR ELAUN YANG BAHARU

E-mailCetakPDF

13 NOVEMBER 2013

“Berhubung Kenyataan Berkaitan Penyelarasan Kadar Elaun Yang Baharu Seperti Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Perumahan Dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) Untuk Penjawat Awam Yang Sedang Tersebar Melalui Sms, Ingin Saya Nyatakan Di Sini Bahawa Kenyataan Tersebut Adalah Tidak Benar. Sidang Media Saya Bersama Pihak CUEPACS Tempoh Hari Hanyalah Pengumuman Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Yang Sedang Dilaksanakan Oleh Pihak Kerajaan Bagi Penjawat Awam Terbabit Dan Tiada Kenyataan Mengenai Apa-Apa Elaun” – Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Sumber : http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2522%3Apenafian-kenyataan-tan-sri-kppa-berkaitan-penyelarasan-kadar-elaun-yang-baharu&catid=126%3Ageneral&lang=ms

‘Pendidikan untuk semua’ dicapai melalui internet – Bernama


‘Pendidikan untuk semua’ dicapai melalui internet
20 November 2013
  • Datuk Seri Ahmad Shabery CheekDatuk Seri Ahmad Shabery Cheek
< 1 / 1 >

BANGKOK – Ungkapan “pendidikan untuk semua”, hanya boleh dicapai sekiranya terdapat akses Internet untuk semua orang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pendidikan merupakan salah satu fungsi paling penting apabila melibatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), kata beliau dalam ucapan sebagai ahli panel pada Program Dialog mengenai Transformasi Pendidikan: Kepentingan ICT dalam  Pendidikan Abad ke-21 sempena ITU Telecom World 2013, di sini hari ini.

“Masalah jurang digital akan bertambah luas jika kita tidak boleh menyediakan akses kepada jalur lebar dan jurang pembangunan akan terus menyebabkan jurang pendidikan,” kata beliau.

Dalam hal ini, Ahmad Shabery juga melihat keperluan untuk mencari penyelesaian dan model yang sesuai untuk setiap negara.

“Berapa banyak negara yang benar-benar mempunyai akses, dalam jalur lebar dan dalam menyediakan peralatan dan segala-galanya yang berkaitan dengan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan?” soal beliau.

Beliau berkata, permintaan infrastruktur dalam pendidikan adalah besar dan berubah-ubah.

“Sebelum ini, bercakap mengenai peratusan liputan dalam kalangan penduduk dan kadar penembusan adalah cukup baik. Tetapi hari ini, ia mengenai kualiti.

“Kelajuan internet 1 Mbps (Megabait sesaat) atau 4 Mbps tidak lagi mencukupi dan Amerika Syarikat sebagai contoh, telah menyasarkan untuk menyediakan 100 juta isi rumah dengan 100 Mbps manakala sekolah-sekolah dan institusi-institusi lain pada 1 gigabit.

“Berapa ramai daripada kita yang benar-benar berada pada kedudukan yang betul untuk memenuhi permintaan sebegini? Bagi saya, ini sangat penting,” kata Ahmad Shabery.

Satu lagi isu utama yang dibangkitkan pada dialog itu ialah berkenaan guru-guru dan kesediaan mereka menerima ICT dalam pendidikan.

Menteri Penerangan dan Pentadbiran Masyarakat Macedonian Ivo Ivanovski berkata, ibu bapa serta datuk dan nenek penting untuk memastikan projek-projek ICT dalam pendidikan mencapai kejayaan.

Usaha mendapat sokongan daripada guru-guru adalah satu cabaran dan terdapat golongan yang menghalang dari awal, kata beliau yang mengaitkan hal berkenaan dengan pengalaman negara beliau sendiri.

“Tetapi jika mendapat sokongan daripada ibu bapa, guru-guru perlu menyokong ICT dalam bidang pendidikan,” katanya. – Bernama

Microsoft pilih 4 guru jadi pendidik pakar – Bernama


Microsoft pilih 4 guru jadi pendidik pakar
20 November 2013
  • Microsoft lancar Tavlet Surface, harga RM1,514Tablet Surface dilancar oleh Microsoft semalam.
< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR – Microsoft Malaysia Sdn Bhd memilih empat guru tempatan untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan pertama pendidik pakar bersama-sama dengan sekolah pertamanya di Malaysia bagi program Mentor School Microsoft.

Dipilih daripada lebih 23,000 pendidik dari 150 negara di seluruh dunia, kedua-dua program itu mengiktiraf pendidik dan sekolah di seluruh dunia yang menggunakan teknologi untuk mengubah pendidikan.

“Kita tidak boleh mendidik pemimpin hari esok dengan instrumen dan amalan daripada masa lalu. Kita perlu terus melabur dalam pembangunan persekitaran pembelajaran diperkukuh yang membawa kepada hasil yang lebih baik,” kata Pengarah Urusannya Carlos Lacerda dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, gergasi perisian itu mengiktiraf profesional pengajar Malaysia di atas usaha gigih yang mereka lakukan setiap hari bagi memperkayakan pengalaman pendidikan kanak-kanak.

Pengiktirafan global yang diberikan kepada guru-guru ini dan Microsoft Mentor School pertama Malaysia merupakan bukti minat serta kreativiti mereka dalam menggunakan teknologi dan kejayaan bagi strategi pendidikan kerajaan terutamanya sejak pengumuman Pelan Pembangunan Pendidikan Negara, katanya.

Untuk dipilih, pendidik dan sekolah perlu menjalani proses permohonan yang ketat. Mereka perlu mengisi permohonan dalam talian, dan menyediakan aktiviti pembelajaran serta menghasilkan video bukan profesional berdurasi dua hingga tiga minit yang menggambarkan projek mereka dan bagaimana mereka menggunakan teknologi dan amalan pengajaran inovatif untuk memberi kesan kepada pencapaian pelajar.

Pemenang dipilih oleh kumpulan juri dari seluruh dunia yang menggunakan set kriteria ketat untuk menilai pendidik dan bukti pembelajaran, kerjasama, pembinaan pengetahuan dan pemikiran kritikal sekolah.  – Bernama

PPPM: Kemahiran berbahasa – Sinar Harian


PPPM: Kemahiran berbahasa
CIKGU SIDEK BABA
21 November 2013
  • Cikgu Sidek Baba
< 1 / 1 >

BAHASA adalah medium pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum tidak boleh disampaikan tanpa kemahiran berbahasa dan kefahaman tidak akan berlaku tanpa murid-murid menguasai bahasa dengan baik.

Anjakan kedua memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Pendekatan memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) adalah strategi yang dirancang dengan baik supaya kedua-dua bahasa itu menjadi medium menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Bahasa mempunyai kaitan dengan ilmu supaya sifat bahasa itu memiliki kebakuan dalam istilah dan sebutan tetapi terkandung isi yang mampu mengangkat martabat insan. Bahasa dalam status tinggi mengungkapkan nilai-nilai falsafah, kemanusiaan dan saintifik supaya ia terus hidup dan berfungsi untuk menyuburkan pemikiran dan amalan.

Sebab itu bahasa yang mati dan terpinggir sebagai bahasa basahan dan sukuan tidak mampu mengungkap ide-ide besar yang sifatnya sezaman, melainkan bahasa itu diaplikasi dalam sistem pendidikan di setiap tahap dan sentiasa terbuka untuk menerima pengaruh dari sumber-sumber lain.

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan bahasa Inggeris adalah bahasa kedua yang penting untuk memanfaatkan perkembangan global terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Telah terbukti pendekatan memartabatkan bahasa Melayu di setiap tahap pendidikan negara menghasilkan ribuan graduan yang berkualiti dan mampu ke luar negara mempelajari ilmu yang bersifat kepakaran.

Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu harus dimartabatkan penggunaannya di setiap peringkat supaya asas fundamental bagi Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan (Perkara 152) tidak sahaja menjadi bahasa komunikasi untuk hubungan sosial yang lebih baik tetapi menjadi bahasa ilmu dan rujukan untuk kemajuan negara.

Menjelang 2016, Kementerian Pelajaran akan menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris wajib lulus peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Tambahan penyediaan mata pelajaran bahasa lain di semua sekolah rendah dan menengah akan diperkukuh supaya setiap murid berpeluang mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025.

Dalam tradisi Islam tidak ada apa yang dikatakan linguistic chauvinisme atau kefanatikan berbahasa. Lebih banyak bahasa yang dikuasai secara jangka panjang adalah lebih baik kerana ruang untuk ilmu pengetahuan berkembang adalah bertambah baik. Ilmuwan Islam seperti Ibn Sina, Al Biruni, Al Khawarizmi, Abu Qasim az Zahrawi dan ramai lagi menguasai berpuluh-puluh bahasa dan menjadikan mereka ilmuwan tersohor dalam bidang masing-masing.

Literasi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diperkasa dan murid yang ketinggalan akan mengikuti kelas pemulihan sehingga mereka dapat mengikuti kurikulum aliran perdana. Guru yang mengajar murid lemah ini akan menerima bimbingan khusus daripada pembimbing guru peringkat daerah.

Setiap murid mengikuti pembelajaran Bahasa Inggeris daripada guru yang mempunyai kemahiran mengikut piawai antarabangsa. Langkah ini akan dapat dicapai dengan memastikan semua 61,000 guru Bahasa Inggeris mengikuti Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai piawai yang ditentukan akan mengikuti latihan intensif bagi meningkatkan kemahiran.

Penguasaan bahasa tambahan akan dapat membantu murid menyertai tenaga kerja global. Aspirasi kementerian adalah untuk memastikan setiap murid di peringkat rendah hingga menengah, berpeluang mempelajari bahasa tambahan.

Pada tahun-tahun permulaan, kementerian akan memberikan tumpuan untuk menambahkan bilangan guru bahasa Cina, Tamil dan Arab bagi memastikan bilangan guru bahasa-bahasa sepadan dengan keperluan murid. Jangka panjangnya kementerian akan memperkenalkan pengajaran bahasa Jepun, Perancis, German dan lain-lain dan akan dimasukkan dalam waktu pengajaran di sekolah menengah seperti dalam KSSR.

Justeru kemahiran berbahasa adalah penting untuk melalui proses transformasi masa depan negara. Pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan rasmi negara adalah penting kerana kemajuan Perancis, German, Jepun, Cina dan Korea berlandaskan pemartabatan mereka dalam bahasa ibunda masing-masing yang sifatnya dinamik dan berkembang.

Budak sakit kepala ketika main komputer maut diserang meningitis – Kosmo


Budak sakit kepala ketika main komputer maut diserang meningitis

 

 

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my

 

MUHAMMAD AZMIN

 

MELAKA – Sakit kepala yang dialami seorang kanak-kanak lelaki ketika leka bermain komputer di kafe siber pada Isnin lalu menjadi petanda dia diserang meningitis atau radang otak sebelum meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, petang kelmarin.

Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Rosnani Puteh, 42, berkata, anaknya, Muhammad Azmin Abdullah, 12, mula mengadu sakit kepala ketika bermain komputer di kafe siber yang terletak di Masjid Tanah berhampiran rumahnya di Kampung Pinang di sini.

Menurutnya, sejak cuti sekolah bermula, setiap hari Azmin akan keluar rumah bersama abangnya, Muhammad Azanir, 13, seawal pukul 7.30 pagi untuk bermain komputer di kafe siber tersebut dan hanya pulang pada pukul 6.30 petang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kaku lihat jasad 2 anak – Metro


Kaku lihat jasad 2 anak

Oleh Yusmawati Mhd Yusof

Melaka: “Bukan hanya tidak mampu berkata-kata kerana terkejut dan sebak, saya turut tidak berdaya berjalan apabila melihat jasad dua anak lelaki terbujur kaku di tepi jalan,” kata Zamari Saat, 51, bapa kepada dua beradik yang maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Paya Dalam-Tiang Dua di sini, awal pagi, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, Proton Wira dipandu lelaki lelaki berusia 20 tahun yang datang dari arah Tiang Dua ke Paya Dalam dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa, Muhammad Razman, 14, dan Muhammad Razif, 11.

Rempuhan dipercayai mengakibatkan Razman yang menunggang tercampak ke tempat duduk penumpang depan melalui tingkap kiri, manakala adiknya tercampak ke tempat duduk belakang juga menerusi tingkap penumpang.

Kedua-dua mangsa yang cedera teruk di kepala meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta parah di kepala dan badan dihantar ke Hospital Melaka.

Menurut Zamari, dia yang tidur dikejutkan dengan panggilan seorang anggota polis, kira-kira jam 4 pagi, memintanya pergi ke Balai Polis Tiang Dua sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku kerana hanya diminta ke lokasi.

FotoZAMARI mengiringi jenazah seorang daripada anaknya, semalam.

Sebaik tiba, anggota berkenaan meminta saya melakukan pengecaman mayat dan menyebabkan mula timbul rasa tidak sedap hati.

“Sebagai bapa, sebaik melihat kedua-dua jasad terbujur kaku itu, perasaan bercampur baur antara sebak, terkejut dan tidak percaya apabila kehilangan dua anak dalam sekelip mata,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

Beliau berkata, anak kesembilan dan ke-10 yang aktif bersukan itu meminta izin daripada isterinya, Sazila Mohd Shahdan, 46, untuk keluar bermain futsal di Taman Paya Dalam yang terletak lima kilometer dari rumah mereka di Kampung Paya Redan, di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Menurutnya, anak perempuannya, Farah Eriyana, 23, ada menghubungi arwah Razman yang juga remaja orang kelainan upaya (OKU) lembam kira-kira jam 2 pagi, namun dimaklumkan mereka belum selesai bermain futsal kerana mempunyai satu perlawanan lagi.

“Tiada perubahan dilihat kepada kedua-dua mereka dan kami sekeluarga sempat makan tengah hari bersama selepas saya pulang dari menghantar isteri yang menjalani pembedahan kecil di bahagian kaki di sebuah di Bukit Katil.

“Mereka rapat dengan saya dan hubungan kami seperti kawan.
Sudah pasti kehilangan mereka amat dirasai,” katanya yang memaklumkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Muhammad Koey Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/20

Merajuk telefon dirampas – Metro


Merajuk telefon dirampas

Seremban: Angkara berang telefon bimbit dirampas ibunya, seorang gadis berusia 16 tahun melarikan diri sejak Khamis lalu, dipercayai mengikut kenalan lelaki.

Ibunya, Rozetah A Latif, 45, berkata, kali terakhir dia melihat Nur Yusra Amira Zulkhairimi, 16, Rabu lalu selepas berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum anak sulungnya melarikan diri dari rumah keesokkannya.
Menurutnya, gadis yang dikenali sebagai Mira itu lari pada jam 10 pagi selepas memecahkan pintu pagar besi ketika ibu dan ayahnya keluar bekerja.

 

“Pagi Khamis lalu saya dan suami tiada di rumah kerana bekerja, bagaimanapun sebaik pulang anak kedua memberitahu Mira sudah lari dari rumah.
“Kami mencarinya di merata tempat, namun gagal sebelum bertanya dengan teman lelaki anak, tetapi dia tidak tahu di mana Mira berada,” katanya ketika berkunjung ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.
Rozetah berkata, seorang rakan di tempat kerja anaknya memberitahu ada ternampak Mira mengikut seorang lelaki yang datang menjemputnya menaiki motosikal di perhentian teksi di Terminal One, Jumaat lalu.

 

Katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang suka bergaul dan gemar keluar dengan lelaki yang baru dikenali.
“Sudah seminggu Mira menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita dan laporan dibuat di Balai Polis Sikamat.

 

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Mira boleh menghubungi saya di talian 017-2261170 atau Zulkhairimi (ayah) di talian 012-9417433,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/21

Warna kulit ‘sekat’ dokumen – Metro


Warna kulit ‘sekat’ dokumen

Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris

Ipoh: Hanya kerana perbezaan warna kulit dengan ibunya, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun gagal mendapatkan MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak apabila permohonannya ditolak sejak dua bulan lalu.

Difahamkan, permohonan S Mahalachime, 12, ditolak JPN Perak selepas melihat rupa paras dia dan ibunya V Kamalla, 60, tidak seiras selain turut mempunyai warna kulit berbeza.
Akibat masalah itu, Mahalachime berkemungkinan tidak berpeluang untuk menempatkan dirinya di sekolah menengah pada tahun depan berikutan tidak mempunyai kad pengenalan.

 

Menurut Kamalla, permohonan kali pertama dibuat kira-kira dua bulan lalu di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini.
“Namun, permohonan itu tertangguh sebaik saja mereka melihat wajah dan warna kulit Mahalachime sangat berbeza dengan saya. Mereka memberi pelbagai alasan dan akhirnya menangguhkan segala proses permohonan dengan alasan untuk menjalankan siasatan lanjut.
“Ketika itu saya amat terkejut dan kesal dengan tindakan dibuat kakitangan JPN kerana mereka seolah-olah mempertikaikan asal usul Mahalachime,” katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini, semalam.

 

Menurutnya, selepas beberapa bulan tidak mendapat jawapan daripada JPN, dia sekali lagi membuat permohonan, tetapi kali ini dibuat di pejabat JPN Perak yang terletak di Meru Raya, di sini.
“Namun, seperti yang dijangka, perkara sama berulang apabila mereka enggan mengeluarkan MyKad berkenaan. Mereka sekali lagi mempersoalkan wajah anak saya yang tidak mempunyai wajah seiras.

 

“Berkali-kali saya tegaskan yang anak ini anak kandung saya, namun ia masih tidak mencukupi,” katanya yang tinggal di Kampung Baru, Jelapang.
Beliau berkata, selain menitik berat status ‘anak perempuan’ (A/p) dalam MyKad berkenaan, kad itu juga penting buat anaknya bagi membolehkan dia memasuki sekolah di peringkat menengah tahun depan.
“Saya tidak faham kenapa selama 12 tahun membesarkannya, baru kini masalah timbul. Malah, kami mempunyai sijil kelahiran Mahalachime yang sah,” katanya.
Menurutnya, dia berharap segala kesulitan dihadapi sejak beberapa bulan itu mendapat perhatian daripada pihak atasan kerana masa depan anaknya untuk meneruskan pelajaran amat penting.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JPN Jainisah Mohd Noor berkata, siasatan secara terperinci sudah dijalankan ke atas kes itu., bagaimanapun, pihaknya tidak dapat mendedahkan dengan lebih lanjut kerana ia terikat dengan dasar jabatan berkaitan maklumat peribadi seseorang.
“Saya difahamkan pihak JPN sudah memaklumkan kepada pemohon terbabit untuk muncul di pejabat JPN negeri semalam, namun dia gagal untuk berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/21

Calon SPM terjatuh motosikal maut digilis lori – Metro


Calon SPM terjatuh motosikal maut digilis lori

Pasir Mas: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru selesai menduduki kertas Pendidikan Seni, maut digilis lori selepas terjatuh dari motosikalnya ketika dalam perjalanan untuk makan tengah hari bersama dua rakan dalam kejadian di Kampung Teliar, di sini, kelmarin.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu, Mohd Safuan Mohd Yusof, 17, meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan mahu ke sebuah gerai di Kampung Bukit sebelum pulang ke rumahnya dengan menggunakan jalan pintas melalui Kampung Teliar.

 

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, seorang rakannya yang menunggang motosikal di hadapan membrek secara tiba-tiba menyebabkan mangsa yang di belakang turut melakukan perkara sama namun terjatuh ke laluan bertentangan sebelum digilis lori.
Ibu mangsa, Samsiah Hamzah, 52, yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Wakaf Bharu berkata ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu, dia berada di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana membawa anak bongsu, Mohd Saiful Mohd Yusof, 16, menerima rawatan.
Katanya, dia tidak menyangka anaknya itu keluar dari kawasan sekolah kerana masih ada lagi kertas peperiksaan yang perlu didudukinya.

 

“Kebiasaannya dia akan berada dalam kawasan sekolah sebelum peperiksaan seterusnya dijalankan jam 2 petang. memandangkan pihak sekolah sudah membekalkan makanan kepada semua calon SPM.
“Sebaik saja dimaklumkan, saya bergegas ke tempat kemalangan dan apabila saja melihat ramai orang berkerumun serta mendapati banyak darah di atas jalan raya, hati saya terdetik mengatakan anak saya sudah tiada,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Belukar, di sini, kelmarin.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/21