Calon SPM terjatuh motosikal maut digilis lori – Metro


Calon SPM terjatuh motosikal maut digilis lori

Pasir Mas: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru selesai menduduki kertas Pendidikan Seni, maut digilis lori selepas terjatuh dari motosikalnya ketika dalam perjalanan untuk makan tengah hari bersama dua rakan dalam kejadian di Kampung Teliar, di sini, kelmarin.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu, Mohd Safuan Mohd Yusof, 17, meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan mahu ke sebuah gerai di Kampung Bukit sebelum pulang ke rumahnya dengan menggunakan jalan pintas melalui Kampung Teliar.

 

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, seorang rakannya yang menunggang motosikal di hadapan membrek secara tiba-tiba menyebabkan mangsa yang di belakang turut melakukan perkara sama namun terjatuh ke laluan bertentangan sebelum digilis lori.
Ibu mangsa, Samsiah Hamzah, 52, yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Wakaf Bharu berkata ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu, dia berada di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana membawa anak bongsu, Mohd Saiful Mohd Yusof, 16, menerima rawatan.
Katanya, dia tidak menyangka anaknya itu keluar dari kawasan sekolah kerana masih ada lagi kertas peperiksaan yang perlu didudukinya.

 

“Kebiasaannya dia akan berada dalam kawasan sekolah sebelum peperiksaan seterusnya dijalankan jam 2 petang. memandangkan pihak sekolah sudah membekalkan makanan kepada semua calon SPM.
“Sebaik saja dimaklumkan, saya bergegas ke tempat kemalangan dan apabila saja melihat ramai orang berkerumun serta mendapati banyak darah di atas jalan raya, hati saya terdetik mengatakan anak saya sudah tiada,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Belukar, di sini, kelmarin.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/21

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s