Kaku lihat jasad 2 anak – Metro


Kaku lihat jasad 2 anak

Oleh Yusmawati Mhd Yusof

Melaka: “Bukan hanya tidak mampu berkata-kata kerana terkejut dan sebak, saya turut tidak berdaya berjalan apabila melihat jasad dua anak lelaki terbujur kaku di tepi jalan,” kata Zamari Saat, 51, bapa kepada dua beradik yang maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Paya Dalam-Tiang Dua di sini, awal pagi, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, Proton Wira dipandu lelaki lelaki berusia 20 tahun yang datang dari arah Tiang Dua ke Paya Dalam dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa, Muhammad Razman, 14, dan Muhammad Razif, 11.

Rempuhan dipercayai mengakibatkan Razman yang menunggang tercampak ke tempat duduk penumpang depan melalui tingkap kiri, manakala adiknya tercampak ke tempat duduk belakang juga menerusi tingkap penumpang.

Kedua-dua mangsa yang cedera teruk di kepala meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta parah di kepala dan badan dihantar ke Hospital Melaka.

Menurut Zamari, dia yang tidur dikejutkan dengan panggilan seorang anggota polis, kira-kira jam 4 pagi, memintanya pergi ke Balai Polis Tiang Dua sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku kerana hanya diminta ke lokasi.

FotoZAMARI mengiringi jenazah seorang daripada anaknya, semalam.

Sebaik tiba, anggota berkenaan meminta saya melakukan pengecaman mayat dan menyebabkan mula timbul rasa tidak sedap hati.

“Sebagai bapa, sebaik melihat kedua-dua jasad terbujur kaku itu, perasaan bercampur baur antara sebak, terkejut dan tidak percaya apabila kehilangan dua anak dalam sekelip mata,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

Beliau berkata, anak kesembilan dan ke-10 yang aktif bersukan itu meminta izin daripada isterinya, Sazila Mohd Shahdan, 46, untuk keluar bermain futsal di Taman Paya Dalam yang terletak lima kilometer dari rumah mereka di Kampung Paya Redan, di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Menurutnya, anak perempuannya, Farah Eriyana, 23, ada menghubungi arwah Razman yang juga remaja orang kelainan upaya (OKU) lembam kira-kira jam 2 pagi, namun dimaklumkan mereka belum selesai bermain futsal kerana mempunyai satu perlawanan lagi.

“Tiada perubahan dilihat kepada kedua-dua mereka dan kami sekeluarga sempat makan tengah hari bersama selepas saya pulang dari menghantar isteri yang menjalani pembedahan kecil di bahagian kaki di sebuah di Bukit Katil.

“Mereka rapat dengan saya dan hubungan kami seperti kawan.
Sudah pasti kehilangan mereka amat dirasai,” katanya yang memaklumkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Muhammad Koey Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/20

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s