Microsoft pilih 4 guru jadi pendidik pakar – Bernama


Microsoft pilih 4 guru jadi pendidik pakar
20 November 2013
  • Microsoft lancar Tavlet Surface, harga RM1,514Tablet Surface dilancar oleh Microsoft semalam.
< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR – Microsoft Malaysia Sdn Bhd memilih empat guru tempatan untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan pertama pendidik pakar bersama-sama dengan sekolah pertamanya di Malaysia bagi program Mentor School Microsoft.

Dipilih daripada lebih 23,000 pendidik dari 150 negara di seluruh dunia, kedua-dua program itu mengiktiraf pendidik dan sekolah di seluruh dunia yang menggunakan teknologi untuk mengubah pendidikan.

“Kita tidak boleh mendidik pemimpin hari esok dengan instrumen dan amalan daripada masa lalu. Kita perlu terus melabur dalam pembangunan persekitaran pembelajaran diperkukuh yang membawa kepada hasil yang lebih baik,” kata Pengarah Urusannya Carlos Lacerda dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, gergasi perisian itu mengiktiraf profesional pengajar Malaysia di atas usaha gigih yang mereka lakukan setiap hari bagi memperkayakan pengalaman pendidikan kanak-kanak.

Pengiktirafan global yang diberikan kepada guru-guru ini dan Microsoft Mentor School pertama Malaysia merupakan bukti minat serta kreativiti mereka dalam menggunakan teknologi dan kejayaan bagi strategi pendidikan kerajaan terutamanya sejak pengumuman Pelan Pembangunan Pendidikan Negara, katanya.

Untuk dipilih, pendidik dan sekolah perlu menjalani proses permohonan yang ketat. Mereka perlu mengisi permohonan dalam talian, dan menyediakan aktiviti pembelajaran serta menghasilkan video bukan profesional berdurasi dua hingga tiga minit yang menggambarkan projek mereka dan bagaimana mereka menggunakan teknologi dan amalan pengajaran inovatif untuk memberi kesan kepada pencapaian pelajar.

Pemenang dipilih oleh kumpulan juri dari seluruh dunia yang menggunakan set kriteria ketat untuk menilai pendidik dan bukti pembelajaran, kerjasama, pembinaan pengetahuan dan pemikiran kritikal sekolah.  – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s