100 skim perkhidmatan dikaji semula – Metro


100 skim perkhidmatan dikaji semula

Putrajaya: Sebanyak 100 skim perkhidmatan sudah dikenal pasti untuk dikaji mulai awal tahun depan, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Menurutnya, kajian skim perkhidmatan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan perkhidmatan awam mempunyai modal insan kompeten dan seiring dengan keperluan merealisasikan wawasan negara.
“Seperti mana pelaksanaan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan sebelum ini, kajian itu juga akan dirundingi dengan pihak berkepentingan iaitu Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) dan kesatuan yang berkaitan.

 

“Oleh itu, bagi skim perkhidmatan lain yang tidak terbabit dalam kajian tahun ini, kajian akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Sektor Awam 2013 di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Ali berkata, proses penambahbaikan skim perkhidmatan awam itu satu proses berterusan dan pihaknya menjangkakan ia dapat diselesaikan menjelang pertengahan 2015 dengan 81 penambahbaikan tahun ini serta 100 lagi akan disempurnakan pada awal tahun depan.

 

Menerusi ucapan Bajet 2014 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan bagi menarik dan mengekalkan modal insan terbaik dalam perkhidmatan awam, selain memantapkan fungsi perkhidmatan, menambah baik laluan kerjaya serta mobiliti pegawai awam.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ali berkata, penambahbaikan itu membabitkan 613,743 penyandang dengan peruntukan tambahan RM31 juta setahun.

 

Katanya, bermula 22 Oktober lalu, taklimat secara berasingan bagi memberikan penerangan terperinci pelaksanaan pekeliling perkhidmatan dikeluarkan sudah diadakan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian/Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri/Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan, pengurus sumber manusia Kementerian/agensi persekutuan dan negeri serta CUEPACS dan kesatuan penjawat awam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/22

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s