Berubah sekelip mata – Sinar Harian


Berubah sekelip mata
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 November 2013
  • Berubah sekelip mataJasuli sentiasa memerlukan bantuan isterinya untuk mengurus keperluannya.
< 1 / 1 >

BANDAR SPRINGHILL – “Kehidupan kami sekeluarga berubah sekelip mata selepas saya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Alor Gajah, Melaka akhir September lalu.”

Luah seorang pesara guru yang kehilangan kaki kanan, patah kaki kiri dan tangan kiri selepas kejadian itu.

Sajuli Jaisah, 56, berkata, selepas dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU), dia yang sebelum ini bertanggungjawab untuk menampung keluarga buntu memikirkan nasib keluarganya.

Menurutnya, kini dia hanya bergantung kepada duit pencen yang diterimanya untuk menampung perbelanjaan anak-anak memandangkan isterinya, Rashidah Ahmad, 50, tidak bekerja.

“Saya mempunyai lapan anak berusia 27 hingga 12 tahun yang mana empat daripadanya masih bersekolah dan menuntut di institusi pengajian tinggi sementara seorang lagi baharu habis belajar di Politeknik Port Dickson.

“Akibat kemalangan ini, saya tidak dapat bekerja dan hanya bergantung sepenuhnya kepada wang pencen pesara guru. Yang jelas ia memang tidak mencukupi untuk menampung keperluan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Springhill, baru-baru ini.

Sajuli yang juga pesara guru di sebuah sekolah menengah di Nilai berkata, selain itu, dia juga perlu memikirkan bayaran rumah sewa sebanyak RM320 sebulan.

“Sekarang ini, saya memang buntu memikirkan bagaimana hendak menghadapi keadaan ini, namun bersyukur kerana isteri dan anak-anak memahami.

“Sekarang saya sudah menjadi OKU dan berharap akan ada saluran tertentu daripada jabatan kebajikan yang membolehkan saya menerima bantuan,” katanya yang belum mengajukan secara rasmi permohonan bantuan di mana-mana jabatan mahupun agensi.

Mengimbas kembali kejadian kemalangan itu, Sajuli berkata, dia yang menaiki motosikal jenis Honda Furture 125 dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas melawat rakannya yang mengusahakan kolam ikan di Alor Gajah, Melaka.

“Tiba-tiba saya dirempuh dari hadapan oleh sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang remaja selepas kenderaannya terbabas.

“Kejadian itu menyebabkan kaki kanan saya hancur manakala kaki kiri dan tangan kiri patah. Saya tidak sedarkan diri selama 10 hari ketika menerima rawatan di Hospital Melaka,” katanya.

Sementara itu, Rashidah berkata, suaminya bersara awal iaitu pada tahun 2004 dan mencuba bidang perniagaan sebagai kontraktor.

Menurutnya, dia tidak mahu menyusahkan saudara-mara dan anak-anaknya yang sudah berkahwin.

“Namun saya berterima kasih kepada jiran tetangga yang prihatin dengan nasib kami dan berharap akan mendapat perhatian daripada pihak berkaitan,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan kepada Rashidah boleh menghubunginya di talian 012-3480678.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s