MAKLUMAN PENGISIAN BORANG PENILAIAN PRESTASI (P.S.D FORM 6/93) TAHUN 2013 BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN CUTI BELAJAR DAN MENGISI JAWATAN LATIHAN DI BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN
25 November 2013
Muat Turun |
---|
Surat Hebahan |
Borang Penilaian Prestasi |
25 November 2013
Muat Turun |
---|
Surat Hebahan |
Borang Penilaian Prestasi |
Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri/Bahagian bagi sesi Januari 2014 boleh disemak di Sistem Maklumat Guru Modul e-GTukar mulai jam 9.00 malam pada 25 Nov 2013.
TELOK KEMANG – Penduduk di sekitar Telok Kemang, mendesak agar pemaju projek pembinaan dua sekolah yang siap pembinaannya menyegerakan proses penyerahan sekolah berkenaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Intan Perdana dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Intan Perdana.
Penduduk menzahirkan desakan tersebut dengan mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan sekolah berkenaan, semalam. Hampir 30 penduduk hadir mengambil bahagian dalam demonstrasi berkenaan yang berlangsung selama 30 minit.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Intan Perdana, Che Razak Ariffin berkata, kedua-dua sekolah berkenaan sudah siap dibina lebih enam bulan lalu dan hampir 6,000 penduduk di sekitar sekolah ini amat berharap agar sesi persekolahan tahun hadapan di kedua-dua sekolah ini sudah boleh beroperasi.
“Daripada maklumat yang persatuan peroleh, pihak Jabatan Pelajaran Negeri sudah bersedia untuk memenuhi keperluan sekolah untuk sesi 2014, namun yang menjadi kekangan adalah apabila pihak pemaju masih enggan menyerahkan semula projek ini kepada kementerian,” katanya.
Che Razak berkata, sesi persekolahan di sekolah ini sepatutnya dijadualkan bermula pada sesi persekolahan 2013 yang lalu, namun atas sebab-sebab tertentu, ia tergendala.
“Sekarang ini, kami mendesak agar jangan ada penangguhan lagi demi keselesaan dan kelancaran pembelajaran anak-anak kami.
“Sekarang ini penduduk tiada pilihan dan terpaksa menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah berhampiran.
“Malah ada yang terpaksa menghantar anak mereka hingga ke sekolah yang jaraknya 12 kilometer memandangkan sekolah terdekat sudah terlalu padat dan tidak boleh lagi menampung pelajar,” katanya.
Katanya, sekolah yang paling hampir dengan kediaman penduduk adalah SK Telok Kemang, namun untuk sesi 2014 sekolah itu menerima lebih 2,000 pelajar.
Seorang penduduk, Abd Malek Abu Bakar, 47, berkata, anak-anaknya ke sekolah menaiki bas dan memandangkan sekolah agak jauh, mereka terpaksa keluar awal pagi setiap hari.
“Anak saya bersekolah di SMK Kampung Baru di mana setiap hari pada jam enam pagi, mereka sudah keluar menunggu bas dan jika terlambat akan ketinggalan bas.
“Sebab itulah, saya berharap agar sekolah ini segera di buka agar anak-anak dapat fokus dalam pembelajaran mereka,” katanya.
Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang ketika bermain di kawasan rumahnya di Flet Seri Pahang, Bangsar, di sini, ditemui selamat di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati, Wangsa Maju di sini, petang semalam.
Kehilangan mangsa disedari ibunya kira-kira jam 7 petang, apabila anaknya tidak pulang selepas keluar bermain sejak tengah hari.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah, berkata ibu mangsa menghubungi suaminya yang sedang bekerja memaklumkan perkara itu dan mereka cuba mencari di sekitar kawasan rumah tetapi gagal.
“Ketika bapa mangsa sedang membuat laporan polis kehilangan anaknya di Balai Polis Travers, kami menerima laporan mangsa sudah ditemui di LRT Taman Melati.
“Mangsa dikatakan ditemui anggota polis bantuan di situ kira-kira jam 4 petang dan dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, kes dianggap selesai dan kanak-kanak itu sudah dituntut keluarganya, namun siasatan masih diteruskan bagi memastikan sama ada kehilangan kanak-kanak itu ada unsur jenayah atau sebaliknya.
Sementara itu, budak berkenaan mendakwa dia didatangi seorang lelaki memakai topeng bedah ketika sedang bermain dan mengajaknya menaiki LRT di Bangsar.
“Apabila sampai di satu stesen LRT (LRT Taman Melati) saya terus lari keluar dan minta tolong orang di situ.
“Polis kemudian bawa saya ke balai polis,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Wangsa Maju, semalam.
DUNGUN – Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) menggesa kerajaan membuat keputusan berhubung cadangan menaikkan tambang bas sekolah sebanyak 30 peratus di seluruh negara sebelum sesi persekolahan bermula awal Januari depan.
Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata pihaknya menghantar cadangan itu kepada pihak kerajaan Jun lepas namun belum menerima sebarang maklum balas.
“Harga tambang bas yang sedia ada ini sudah tidak relevan bagi pengusaha bas kerana kadar yang dikenakan sekarang merupakan kadar yang ditetapkan lima tahun lalu iaitu sejak tahun 2009 dan sekarang sudah belaku kenaikan harga minyak serta harga kos penyelenggaraan bas,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia hari ini.
Beliau berkata cadangan itu adalah susulan peningkatan kos operasi berikutan pelarasan subsidi yang menyaksikan harga diesel meningkat 20 sen awal September lepas serta kenaikan kos penyelenggaraan bas sekolah.
Katanya, GPBSM turut mencadangkan agar kadar tambang bas bagi kawasan bandar dan luar bandar diselaras.
Kadar yang diguna pakai sejak tahun 2009 bagi bandar adalah RM27.43 bagi satu kilometer pertama dan ditambah RM2.05 sen untuk setiap kilometer seterusnya, manakala tambang bas sekolah di luar bandar adalah RM21.76 sen untuk satu kilometer pertama dan tambahan sebanyak RM2.05 bagi kilometer seterusnya. – Bernama