Pemaju didesak serah sekolah – Sinar Harian


Pemaju didesak serah sekolah
WARTAWAN SINAR HARIAN
25 November 2013
  • Pemaju didesak serah sekolahSebahagian ibu bapa yang menyertai demonstrasi itu, semalam.
< 1 / 1 >

TELOK KEMANG – Penduduk di sekitar Telok Kemang, mendesak agar pemaju projek pembinaan dua sekolah yang siap pembinaannya menyegerakan proses penyerahan sekolah berkenaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Intan Perdana dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Intan Perdana.

Penduduk menzahirkan desakan tersebut dengan mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan sekolah berkenaan, semalam. Hampir 30 penduduk hadir mengambil bahagian dalam demonstrasi berkenaan yang berlangsung selama 30 minit.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Intan Perdana, Che Razak Ariffin berkata, kedua-dua sekolah berkenaan sudah siap dibina lebih enam bulan lalu dan hampir 6,000 penduduk di sekitar sekolah ini amat berharap agar sesi persekolahan tahun hadapan di kedua-dua sekolah ini sudah boleh beroperasi.

“Daripada maklumat yang persatuan peroleh, pihak Jabatan Pelajaran Negeri sudah bersedia untuk memenuhi keperluan sekolah untuk sesi 2014, namun yang menjadi kekangan adalah apabila pihak pemaju masih enggan menyerahkan semula projek ini kepada kementerian,” katanya.

Che Razak berkata, sesi persekolahan di sekolah ini sepatutnya dijadualkan bermula pada sesi persekolahan 2013 yang lalu, namun atas sebab-sebab tertentu, ia tergendala.

“Sekarang ini, kami mendesak agar jangan ada penangguhan lagi demi keselesaan dan kelancaran pembelajaran anak-anak kami.

“Sekarang ini penduduk tiada pilihan dan terpaksa menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah berhampiran.

“Malah ada yang terpaksa menghantar anak mereka hingga ke sekolah yang jaraknya 12 kilometer memandangkan sekolah terdekat sudah terlalu padat dan tidak boleh lagi menampung pelajar,” katanya.

Katanya, sekolah yang paling hampir dengan kediaman penduduk adalah SK Telok Kemang, namun untuk sesi 2014 sekolah itu menerima lebih 2,000 pelajar.

Seorang penduduk, Abd Malek Abu Bakar, 47, berkata, anak-anaknya ke sekolah menaiki bas dan memandangkan sekolah agak jauh, mereka terpaksa keluar awal pagi setiap hari.

“Anak saya bersekolah di SMK Kampung Baru di mana setiap hari pada jam enam pagi, mereka sudah keluar menunggu bas dan jika terlambat akan ketinggalan bas.

“Sebab itulah, saya berharap agar sekolah ini segera di buka agar anak-anak dapat fokus dalam pembelajaran mereka,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s