Kementerian Pendidikan tidak tetapkan tempoh khidmat guru di pedalaman – Bernama


Kementerian Pendidikan tidak tetapkan tempoh khidmat guru di pedalaman

 

02/12/2013 5:05pm

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan tidak menetapkan tempoh perkhidmatan guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Beliau berkata adalah tanggungjawab, hak dan inisiatif guru yang berkhidmat di pedalaman untuk memohon bertukar ke tempat lain.

“Pegawai Pekhidmatan Pendidikan yang berkhidmat di kawasan pedalaman menikmati beberapa keistimewaan iaitu elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan atau bayaran insentif pedalaman, bayaran insentif tetap perumahan dan elaun balik kampung.

“Insentif berkenaan bertujuan menampung hidup di kawasan pedalaman.

Kementerian Pendidikan sudah jalankan kajian mengenai impak serta penambahbaikan elaun sedia,” katanya.

Guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman turut dilantik sebagai guru cemerlang dan diberi peluang pembangunan kerjaya melalui penyertaan dalam forum dan seminar, kata Yap.

“Memang majoriti guru di kawasan pedalaman berkhidmat di kawasan kaum masing-masing sebagai contoh majoriti guru Iban di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Sarawak dan majoriti guru di Semporna adalah kaum Bajau.

“Kaum lain turut dihantar berkhidmat ke kawasan pedalaman kerana dasar Kementerian Pendidikan ialah menggalakkan integrasi nasional,” kata Yap. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s