Masyarakat bukan Melayu juga berkhatan – Sinar Harian


Masyarakat bukan Melayu juga berkhatan
WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Disember 2013
  • Masyarakat bukan Melayu juga berkhatanSebahagian kanak-kanak yang diraikan dalam majlis berkhatan beramai-ramai di Felda Lurah Bilut.
< 1 / 1 >

BENTONG – Penyertaan kaum bukan Melayu dalam aktiviti berkhatan di Felda Lurah Bilut dilihat menjadi satu tradisi kawasan itu sesuai dengan kemajmukan kaum yang terdapat di situ.

Timbalan Pengerusi Briged Sukarelawan Lurah Bilut, Noraidah Saari berkata, pada tahun ini sudah masuk tahun ke12 penganjuran program berkhatan beramai-ramai.

Katanya, sejak 2005 sehingga kini, terdapat 10 peserta bukan Melayu terutama dari kaum Cina dan Orang Asli berjaya dikhatankan dalam program diadakan.

“Apa yang menarik ia bukan sahaja membabitkan kanak-kanak sahaja tetapi juga dewasa bukan Melayu.

“Kami akan berusaha menarik lebih ramai kaum bukan Melayu untuk menyertai program ini pada masa akan datang memandangkan ia bagus dari sudut kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran Bridged Sukarelawan Lurah Bilut dan Panel Klinik Kesihatan Felda Lurah Bilut.

Seorang bapa, Yip Seng Lam, 41, berkata, ini kali kedua dia menghantar anaknya menyertai program berkhatan.

Katanya, kali pertama dia menghantar anak sulung dan keduanya pada 2005.

“Kini giliran anak keempat saya, Yip Chong Foo yang berusia 7 tahun untuk berkhatan. Bagi saya, berkhatan mempunyai kebaikan tersendiri terutama dari sudut kebersihan dan kesihatan.

“Sebelum saya mengambil keputusan menghantar anak-anak saya berkhatan dalam program sebegini, saya terlebih dahulu berkhatan iaitu pada 2003 di klinik,” katanya.

Seng Lam berkata, mungkin ramai yang takut dengan proses berkhatan namun ia sebenarnya tidak sesukar difikirkan.

Katanya, dalam proses penjagaan anak berpantang selepas berkhatan, dia banyak bertanyakan rakan dari kaum Melayu dan turut mencuba tradisi masyarakat Cina.

“Sebelum program berkhatan diadakan, saya gemar berkongsi pengalaman dengan rakan bukan Melayu berkaitan faedah berkhatan.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat turut sama menghantar anak-anak menyertai program dianjurkan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s