Mukhriz sifatkan insiden satu tragedi kejam – Sinar Harian


Mukhriz sifatkan insiden satu tragedi kejam
NOOR FAIZAL GHAZALI
2 Disember 2013
  • Mukhriz Mukhriz mengucapkan takziah kepada ayah mangsa kematian tiga beradik, Rosdi Rani ( tiga, kiri ) dan ibu mangsa Siti Aisyah Ariffin (dua, kiri) ketika melawat keluarga mangsa di kediaman mereka di Jalan Datuk Kumbar, malam semalam.
< 1 / 1 >

ALOR SETAR – Tragedi yang menimpa tiga beradik yang ditemui mati di dua lokasi berasingan selepas hilang sejak Jumaat lalu turut mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata, insiden berkenaan suatu yang amat mengejutkan dan menyayat hati semua pihak.

Katanya, beliau berharap penjenayah yang melakukan perbuatan kejam terhadap mangsa terbabit dapat dikesan secepat mungkin.

“Dalam usaha kita untuk mewujudkan sebuah negeri yang aman, kadang-kadang perkara seperti ini masih juga berlaku. Saya yakin dan berharap pihak polis akan bertindak cepat dan menyeluruh dalam siasatan.

“Kita serahkan kepada polis untuk melakukan apa yang patut bagi memberkas penjenayah terlibat dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat ke dua ibu bapa mangsa di rumah mereka di Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Mukhriz berharap keluarga mangsa tabah menghadapi keadaan yang begitu pedih apabila kehilangan ketiga-tiga anak mereka.

“Saya menyatakan rasa sedih dan takziah atas kehilangan anak-anak mereka dalam keadaan begitu kejam.

“Saya dapat bayangkan rasa sedih mereka walaupun kita ucapkan takziah dan minta mereka bersabar. Saya tahu kalau saya dalam keadaan mereka saya tentu susah untuk mengawal perasaan,” katanya.

Sementara itu, dalam lawatan berkenaan Mukhriz turut mengambil kesempatan bertahlil dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada ibu bapa mangsa.

Sinar Harian semalam melaporkan kejadian mengejutkan mengenai kehilangan adik Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akma, 3, yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan penuh misteri di dua lokasi berasingan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s