Satu jam dah cukup – Metro


Satu jam dah cukup

Oleh Hamizah Badiran

Kuala Lumpur: Hanya satu jam sehari perlu diperuntukkan kepada kanak-kanak untuk menggunakan tablet bagi mengelakkan perkembangan otak dan sosial mereka terjejas akibat terlalu obses dengan gajet elektronik itu.

Ketua Fasilitator Kem Ibadah Masjid Negara Azizul Asri Ahmad Tajuddin berkata, tempoh itu sudah cukup buat anak-anak supaya waktu terluang lain boleh dihabiskan dengan berinteraksi bersama ibu bapa dan melakukan aktiviti fizikal seperti bermain di padang permainan.
“Tidak salah memberi tablet kepada anak-anak yang masih kecil, tetapi perlu ada tempoh yang ditetapkan agar ia tidak mendatangkan kesan sampingan yang buruk terhadap perkembangan minda dan fizikal mereka.

 

“Apabila khusyuk menggunakan tablet contohnya, kita iaitu ibu bapa dan anak tidak berinteraksi bersama sebaliknya menggalakkan tumpuan singkat serta menjadi lalai menunaikan tanggungjawab wajib sebagai umat Islam seperti sembahyang lima waktu.
“Sebaiknya, jangan terlalu lama dedahkan mereka dengan tablet sebaliknya sentuh dan peluk mereka selalu kerana anak-anak bersentuhan dengan ibu bapa akan lebih mendengar kata,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Program Kem Ibadah Remaja Siri 2/2013 sempena cuti persekolahan anjuran Masjid Negara di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Jalan Perdana di sini, semalam.

 

Kem berlangsung selama tiga hari dan berakhir semalam itu bermatlamat menyuntik pendekatan berbeza ke dalam program berbentuk kerohanian, pembinaan sahsiah dan kecemerlangan akademik supaya menjadi lebih mesra remaja.
Pada majlis itu, 130 peserta menerima sijil penyertaan daripada Penolong Pengarah Kanan Unit Penyelarasan Dakwah dan Ibadah Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni sebagai simbolik graduasi mereka dalam program kendalian CSQ Training & Consultancy.

 

Sementara itu, penerima Anugerah Peserta Terbaik, Nor Hafiza Gunawan Zabri, 12, berkata, kem itu mengajarnya menjadi insan lebih baik kerana mereka diajar memahami karakter anak soleh melalui landasan agama yang betul.
“Di sini, kanak-kanak diajar untuk cintakan Allah SWT dan Rasul, berakhlak mulia serta penekanan melakukan solat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/02

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s