Khatan seperti zaman silam – Sinar Harian


Khatan seperti zaman silam
NORHASRAM MOHAMAD
3 Disember 2013
  • Khatan seperti zaman silamPemuda berpakaian lengkap seperti pengawal istana bersedia mengiringi tiga beradik menaiki tandu ke lokasi berkhatan.
< 1 / 2 >

PASIR PUTEH – Impian seorang bapa mengkhatankan anak-anaknya dalam sambutan seperti diamalkan pada zaman silam yang ditanam sejak beberapa tahun lalu akhirnya tercapai dan berjaya menarik lebih 250 penduduk.

Atur cara bermula dengan tiupan alat bunyi-bunyian diperbuat daripada tanduk kerbau dinamakan sebagi ‘tuang’ sebagai memberitahu penduduk sekitar mengenai majlis yang diadakan.

Tiga beradik, Mohd Shahrizzat Saidi, 7; Shahidal Amal, 11 dan Mohd Shah Hadnan, 12 yang bersedia dikhatankan diarak menaiki tandu diperbuat daripada buluh dan diusung empat pengawal dengan diiringi puluhan dayang membawa bunga manggar serta pendekar membawa tombak.

Paluan gendang silat bergema sepanjang kira-kira satu kilometer perjalanan dari Kampung Batu Hitam ke rumah kanak-kanak terbabit di Kampung Darang Buaya yang mengambil masa selama 30 minit.

Sejurus tiba di halaman rumah, tiga beradik berehat seperti raja sambil menikmati pertunjukan seni mempertahankan diri seperti silat tari, silat tongkat dan tomoi yang dijayakan dua guru silat tersohor, Mahasan Ismail, 55, dan Zakaria Ali, 59, bersama anak buah masing-masing.

Hidupkan kembali trasidi lama

Saat menyaksikan upacara khatan itu, beberapa warga emas menitiskan air mata terharu kerana impian mereka melihat kembali tradisi yang pernah diamalkan penduduk sekitar 90 tahun lalu sehingga ke era Panglima Tok Janggut akhirnya tercapai.

Bapa kanak-kanak terbabit, Saidi Dullah, 47, berkata, majlis itu mengingatkan golongan tua kepada majlis berkhatan seperti yang diamalkan pada zaman Tok Janggut apatah lagi Kampung Darang Buaya merupakan kampung asal panglima tersebut.

“Tandu yang diperbuat daripada buluh dihias cantik tetapi tidak keterlaluan kerana ia mengikut cara zaman silam selain rumah saya dihiasi pintu gerbang daripada batang pokok nibong dan daun kelapa.

“Saya cuba memberi gambaran sebenar kepada generasi sekarang mengenai keunikan sambutan yang pernah diamalkan nenek moyang mereka selain mahu anak-anak saya mengingati detik manis ketika memasuki gerbang dewasa,” katanya.

Katanya, hampir seluruh anggota keluarganya mengenakan pakaian tradisi yang menampakkan ciri Melayu asli manakala seekor kambing disembelih untuk jamuan tengah hari dan penduduk bekerjasama memasak bubur asyura di halaman rumahnya.

Anggap majlis bersejarah

Guru siilat, Mahasan ketika ditemui mengakui turut teruja kerana dapat menjadi salah seorang daripada penduduk yang menjayakan majlis bersejarah itu.

“Saya sendiri sudah lama mahu melihat serta merasai suasana ini kerana ia mengingatkan saya kepada Tok Janggut yang bersemangat kental, berani serta melambangkan keperkasaan orang Melayu,” katanya.

Mahasan berkata, ketika Saidi berbincang dengannya mengenai hasrat mengadakan majlis tersebut, dia terus bersetuju dan memberikan idea tambahan bagi menampakkan suasana sebenar seperti di zaman silam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s