Sistem pendidikan pincang, KPM digesa berbincang – Sinar Harian


Sistem pendidikan pincang, KPM digesa berbincang
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
3 Disember 2013
  • SPPBSSPPBS
< 1 / 1 >

SHAH ALAM – Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menegaskan bukan mahu menentang kerajaan ataupun dasar pendidikan sedia ada sebaliknya mahu mencari jalan penyelesaian terhadap kepincangan sistem pendidikan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) didedahkan mempunyai pelbagai kelemahan.

Sehubungan itu, SGMM menyuarakan agar perbincangan meja bulat dibuat secara terperinci antara kementerian dengan guru-guru

Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah negara guru-guru dipanggil untuk menyertai perbincangan berkaitan dasar pendidikan.

“Rasanya semua tahu bahawa tidak ada lagi dalam sejarah guru-guru dipanggil untuk membuat satu perbincangan berkaitan dasar pendidikan daripada dulu. Tapi kini, guru-guru mungkin sepatutnya ada yang boleh diketengahkan yang boleh dibawa kepada kementerian untuk berbincang tentang penambahbaikan atau cadangan.

“Sebelum ini tak ada, jadi, melalui surat rasmi yang saya hantar kepada KPM itu kita minta supaya kementerian menerima kita untuk berbincang untuk mencari jalan penyelesaian, bagaimana kita nak selesaikan masalah SPPBS dan PBS itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Akui pihaknya sudah bersedia untuk berbincang dan menyuarakan pandangan kepada kementerian, SGMM masih menanti maklum balas KPM.

“Saya dah hantar surat itu melalui e-mel kepada kementerian. Saya mendapat tahu surat itu sudah diterima pihak KPM, cuma tidak ada maklum balas daripada mereka sehingga hari ini.

“Kami sudah bersedia untuk berjumpa dengan pihak KPM sendiri untuk bincang mengenai isu ini. Isu ini sudah dijawab dalam Parlimen tetapi jawapan yang diberi Timbalan Menteri I dan Timbalan Menteri II tidak menjawab kepada persoalan yang diajukan. Mereka hanya menjelaskan teori pelaksanaan PBS itu sendiri,” katanya.

Menyebut tentang langkah-langkah bagi menangani kelemahan sistem pendidikan tersebut, beliau menjelaskan ada beberapa pilihan.

“Kita ada pelan B pula iaitu jika mahu mansuhkan PBS, apa yang akan digantikan dengan sistem baru? Iaitu tetap dengan sistem peperiksaan tetapi kita ambil seperti di universiti. 70 peratus teori dan 30 peratus praktikal. Itu lebih berkesan tapi perlu dikaji dengan lebih teliti.

“Tapi, jika mahu diteruskan dengan sistem PBS itu, kita ada langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah itu. Saya yakin KPM tahu apa langkah-langkahnya. Antaranya, nisbah guru dengan murid dalam kelas. Berdasarkan laman web KPM, nisbah guru dengan murid adalah 1:13 atau 14. Maklumat terkini yang saya dapat daripada rakan-rakan guru, 1 :  40 hingga 55 orang murid setiap kelas.

Jadi, ini memang tidak relevan dengan sistem PBS yang diambil. Sistem ini diambil dari Australia, tapi di sana 1 : 12 atau 15 orang sahaja,” katanya.

Beliau turut berharap agar ibu bapa turut bersuara dan mengambil berat terhadap masalah pendidikan demi masa depan anak-anak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s